Salam hormat kepada semua, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Sekolah Kebangsaan Sena (SK Sena) kini sedang dalam proses untuk menubuhkan Jawatankuasa Inisiatif Sumber Terbuka Perlis (Perlis Open Source Initiative Committee, POSIC), satu jawatankuasa yang akan menjalankan program-program promosi dan latihan perisian sumber terbuka di peringkat negeri.
Cadangan terkini ialah untuk menjemput komuniti-komuniti sumber terbuka di seluruh Malaysia menjadi sebahagian daripada jawatankuasa tersebut melalui OSDC.my. Pohon maklumbalas tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Dokumen-dokumen berkaitan POSIC saya muatkan dalam ruangan "Files" untuk rujukan, termasuk senarai aktiviti yang dicadangkan, sama ada di peringkat negeri ataupun di peringkat SK Sena. Sila maklum bahawa mungkin akan berlaku perubahan-perubahan kecil pada dokumen-dokumen berkenaan, tetapi konsep dasarnya telahpun dipersetujui oleh UniMAP dan SK Sena. Juga sekadar untuk makluman, maklumat lanjut tentang SK Sena dan program-program sumber terbuka yang telah kami jalankan ada di laman web rasmi sekolah, http://www.sksena.edu.my/. Terima kasih. -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information Please avoid sending me Word or PowerPoint attachments. See http://www.gnu.org/philosophy/no-word-attachments.html

