Assalamualaikum dan salam sejahtera, Komuniti OSS perlu wujud dikalangan kakitangan kerajaan dalam menjayakan OSS dalam kerajaan Malaysia.
Kita sedia maklum sedia wujud perkembangan Open source software (OSS) yang positif dalam kerajaan kita. Ia usaha pihak kerajaan sendiri dalam menjayakannya. Kewujudan polisi sumber terbuka itu sendiri dan pelaksanaan projek OSCC MAMPU adalah bukti usaha kerajaan. Perkembangan ini boleh dipantaskan lagi dengan melaksanakan cara OSS itu sendiri berkembang. OSS wujud kerana komuniti. Usaha kerajaan perlu diperkukuhkan lagi agar OSS dalam kerajaan Malaysia dapat bergerak dengan sendiri dan mampu berdikari. Dengan wujudnya komuniti OSS dikalangan pegawai-pegawai kerajaan, diharapkan dengan komuniti ini akan sedia wujud kerja sama antara agensi-agensi kerajaan dalam memberikan sokongan dan bertukar ilmu dan pengetahuan. Tidak lagi perlu risau, hilangnya kepakaran apabila pegawai bertukar ke agensi lain, kerana masalah masih boleh dikongsikan dalam komuniti. Komuniti boleh wujud dalam bentuk maya. Dalam forum dan senarai email yang bersesuaian. OSCC MAMPU boleh mainkan peranan dalam menyediakan kemudahan ini. Komuniti ini perlu wujud dalam minat yang tersendiri. Jangan bataskan ia dengan agensi-agensi. Luaskan ia dengan minat. Sebagai contoh, wujudnya komuniti yang minat kepada Ubuntu atau Python. Komuniti ini juga boleh berkerjasama dengan komuniti OSS yang sedia wujud diluar kerajaan. Sekian, terima kasih. Harisfazillah Jamel -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/

