Selain SUK Perak, dalam pengetahuan saya yang menggunakan OSS secara aktif adalah SUK Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Kerajaan negeri Sabah turut aktif dengan penggunaan OSS. > > Sesiapa di sini dari bahagian IT SUK Perak?saya dapati jabatan ini > sangat aktif menggunakan perisian sumber terbuka. Dari desktop > hinggalah ke server. Mungkin SUK lain yang belum memulakan perjuangan > dapat mengikut jejak pahlawan perak ini. > 2011/4/1 Hasanuddin Abu Bakar <[email protected]>: > On 1 Apr 2011, at 00:32, Harisfazillah Jamel <[email protected]> wrote: > >> Assalamualaikum dan salam sejahtera, >> >> Komuniti OSS perlu wujud dikalangan kakitangan kerajaan dalam >> menjayakan OSS dalam kerajaan Malaysia. >> >> Kita sedia maklum sedia wujud perkembangan Open source software (OSS) >> yang positif dalam kerajaan kita. Ia usaha pihak kerajaan sendiri >> dalam menjayakannya. Kewujudan polisi sumber terbuka itu sendiri dan >> pelaksanaan projek OSCC MAMPU adalah bukti usaha kerajaan. >> >> Perkembangan ini boleh dipantaskan lagi dengan melaksanakan cara OSS >> itu sendiri berkembang. OSS wujud kerana komuniti. Usaha kerajaan >> perlu diperkukuhkan lagi agar OSS dalam kerajaan Malaysia dapat >> bergerak dengan sendiri dan mampu berdikari. >> >> Dengan wujudnya komuniti OSS dikalangan pegawai-pegawai kerajaan, >> diharapkan dengan komuniti ini akan sedia wujud kerja sama antara >> agensi-agensi kerajaan dalam memberikan sokongan dan bertukar ilmu dan >> pengetahuan. Tidak lagi perlu risau, hilangnya kepakaran apabila >> pegawai bertukar ke agensi lain, kerana masalah masih boleh >> dikongsikan dalam komuniti. >> >> Komuniti boleh wujud dalam bentuk maya. Dalam forum dan senarai email >> yang bersesuaian. OSCC MAMPU boleh mainkan peranan dalam menyediakan >> kemudahan ini. >> >> Komuniti ini perlu wujud dalam minat yang tersendiri. Jangan bataskan >> ia dengan agensi-agensi. Luaskan ia dengan minat. Sebagai contoh, >> wujudnya komuniti yang minat kepada Ubuntu atau Python. Komuniti ini >> juga boleh berkerjasama dengan komuniti OSS yang sedia wujud diluar >> kerajaan. >> >> Sekian, terima kasih. >> >> Harisfazillah Jamel -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/

