On 4/4/11 9:23 PM, Slaya Chronicles - Geeko Acolyte wrote:
I jugak tahan maki...2 tahun kat OSCC.

Eric

  
@Eric, what for i take you? you are immune to any words of torment. i cannot beat what you got from where you come from.

@Cik Nor Arlina Amirah,
Tawaran untuk menjadi seorang aprentis pakar Java ERP dan 'Open Source innovator' adalah serius dan yang berikut adalah syarat cadangan dan keadaannya:

TUJUAN:
0. Mencapai indeks '5 world class developer' yang cuba dilakukan oleh sebuah institusi kerajaan tetapi pada hemat saya, akan gagal dan maka memerlukan daya tersendiri tanpa bergantung kepada apa jua bantuan pihak institusi.
1. Calon memilih sesuatu bidang yang menarik untuk dicimpungi sehingga terlahir sebagai satu projeknya yang memberi hak cipta 'sumber terbuka' kepada dirinya. Seterusnya diharapkan projek tersebut hidup dengan komuniti yang tersendiri dan diiktiraf di peringkat dunia serta menambahkan nilai modal minda kepada negara kita.

2. Calon boleh memilih salah satu ide projek berikut:
a. Mencantum apa jua aplikasi dengan ADempiere:
i. Asterisk
ii. GoogleMap
iii. Emel
iv. OpenOffice
v. Android

(Untuk pengetahuan, aplikasi tersebut sudah pun terbukti tercantum dan tersiar umum. Namun calon dikehendaki menggunakan daya kreatifnya untuk meneroka penambah-baikan atau penghasilan projek yang lebih unik, baru dan sendiri memimpin di depan dari segi tangga dunia.

KELAYAKAN
0. Daya potensi menguasai bahasa pengatur-caraan Java mesti sudah terselar dalam diri seseorang calon yang berminat:
a. Mempunyai keputusan peperiksaan SPM untuk Matematik Tambahan setinggi A1.
b. Mampu lulus peperiksaan IQ atas yang biasa > 165. Sila cuba dengan apa jua IQ Test atas talian untuk pasti.

1. Calon yang berminat hendaklah mampu menggunakan internet semata-mata untuk mencari, memuat-turun dan menjayakan apa jua aplikasi sumber terbuka secara tersendiri tanpa pimpinan secara fizikal. Sila rujuk kitab mengenai budaya yang diperlukan : http://downloads.sourceforge.net/adempiere/MasterOpenSourceCulture.zip?use_mirror=transact

PROSES BIMBINGAN
1. Calon yang sedemikian boleh menerima tunjuk ajar lebih tinggi yang bermutu secara langsung dari saya kebetulan sudah diiktiraf sebagai 'Guru' dan global founding leader sebuah projek atasan dalam SourceForge. Ia boleh dilakukan secara berperingkat dalam bentuk 'personal coaching'. Ini boleh dilakukan secara dalam kelas dan atas talian. Saya lebih selesa calon berdikari tanpa penyelaian secara langsung. Namun saya boleh memberi beberapa sesi penting secara bersemuka untuk menerangkan beberapa konsep yang mendalam yang payah difahami secara teori. Antaranya ialah:
i. Open Source mengalahkan perisian tertutup dari segi Hak Cipta Intelektual (ini masih tidak difahami oleh kebanyakan institusi awam yang berkenaan.)
ii. Kaedah membangun projek secara 'Social Networking' menerusi kaedah 'branded'
2. Cara belajar terbaik untuk menguasai Java secara praktikal.

Saya akan memberikan lebih coaching teknik menguasai Java sekiranya calon memang menunjukkan minat luar biasa menguasainya.

Initiatif ini saya dapat mengambil sekarang kerana:
1. Saya sudah mengumpul cukup ilmu kungfu mengenai projek berasaskan Java selepas 8 tahun di dalamnya.
2. Saya sudah cukup bebas kerana berdikari sepenuhnya dengan pendapatan atas talian tanpa perlu terikat dengan mana-mana pihak secara geografi maupun politik.
3. Tugasan saya secara harian terkini memang berkait rapat dengan pelbagai kegunaan bernilai komersil berkaitan ADempiere seperti:
a. QA dan Testing Engine
b. Manufacturing Module
c. Fixed Assets
d. Maintenance of Assets
e. Costing Engine
f. Component Model dari OSGi

Panduan lengkap berbentuk e-book juga akan diberikan kepada calon yang serius.

PERINGATAN: Indeks kegagalan aprentis selama ini adalah 100%, iaitu tiada seorang pun aprentis saya sejak 1997 yang berjaya. Namun mereka masing-masing secara umum bertambah nilai dalam pasaran akibat proses pengaprentisan saya:

1. Biodata mereka lebih global kerana apa jua projek yang mereka terlibat pasti ada rujukan dari syarikat pengguna seluruh dunia.
2. Pendedahan teknikal adalah menyeluruh dan bersifat 'enterprise' dan berkaitan sistem kewangan yang bernilai cukup tinggi dalam pasaran dunia.
3. Mereka mempelajari beberapa teknik shortcut dalam hidup tanpa melalui kesilapan yang telah dilakukan dalam hidup saya dari segi mengejar kerjaya yang sesuai.

Ini tidak bermakna seseorang aprentis mesti berjaya dari kacamata saya yang ingin mereka itu mencapai objektif utama tersebut di atas. Tetapi mereka dikira berjaya sekiranya mereka menambah gaji bulanan mereka nanti secara mendadak. Matlamat gaji yang sepatutnya ialah dari RM2000 sebulan kepada RM5000 sebulan dalam setahun. Pendapatan saya sendiri adalah bernilai RM15k sebulan.

Sekiranya masih yang rasa teringin mencuba silalah hantar satu karangan lengkap secara bebas mengapa saya patut terima mereka untuk tawaran ini.

Sekian wasalam
Redhuan D. Oon
www.red1.org

--
To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
 
MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/

Kirim email ke