Saya berminat juga tapi sekarang bekerja lebih kepada bidang networking.
Cinta saya dlm IT ketika darjah 5 saya membuat HTML dlm geocities. Tapi bila
dah lepas SPM saya lebih terdedah kepada profesional certificate seperti
CCNA, MCSE, RHCE dll. Kebetulan dapat kerja dalam bidang networking.

2011/4/5 red1 <[email protected]>

>  On 4/4/11 9:23 PM, Slaya Chronicles - Geeko Acolyte wrote:
>
> I jugak tahan maki...2 tahun kat OSCC.
>
> Eric
>
>
>
>  @Eric, what for i take you? you are immune to any words of torment. i
> cannot beat what you got from where you come from.
>
> @Cik Nor Arlina Amirah,
> Tawaran* *untuk menjadi seorang aprentis pakar Java ERP dan 'Open Source
> innovator' adalah serius dan yang berikut adalah syarat cadangan dan
> keadaannya:
>
> TUJUAN:
> 0. Mencapai indeks '5 world class developer' yang cuba dilakukan oleh
> sebuah institusi kerajaan tetapi pada hemat saya, akan gagal dan maka
> memerlukan daya tersendiri tanpa bergantung kepada apa jua bantuan pihak
> institusi.
> 1. Calon memilih sesuatu bidang yang menarik untuk dicimpungi sehingga
> terlahir sebagai satu projeknya yang memberi hak cipta 'sumber terbuka'
> kepada dirinya. Seterusnya diharapkan projek tersebut hidup dengan komuniti
> yang tersendiri dan diiktiraf di peringkat dunia serta menambahkan nilai
> modal minda kepada negara kita.
>
> 2. Calon boleh memilih salah satu ide projek berikut:
> a. Mencantum apa jua aplikasi dengan ADempiere:
> i. Asterisk
> ii. GoogleMap
> iii. Emel
> iv. OpenOffice
> v. Android
>
> (Untuk pengetahuan, aplikasi tersebut sudah pun terbukti tercantum dan
> tersiar umum. Namun calon dikehendaki menggunakan daya kreatifnya untuk
> meneroka penambah-baikan atau penghasilan projek yang lebih unik, baru dan
> sendiri memimpin di depan dari segi tangga dunia.
>
> KELAYAKAN
> 0. Daya potensi menguasai bahasa pengatur-caraan Java mesti sudah terselar
> dalam diri seseorang calon yang berminat:
> a. Mempunyai keputusan peperiksaan SPM untuk Matematik Tambahan setinggi
> A1.
> b. Mampu lulus peperiksaan IQ atas yang biasa > 165. Sila cuba dengan apa
> jua IQ Test atas talian untuk pasti.
>
> 1. Calon yang berminat hendaklah mampu menggunakan internet semata-mata
> untuk mencari, memuat-turun dan menjayakan apa jua aplikasi sumber terbuka
> secara tersendiri tanpa pimpinan secara fizikal. Sila rujuk kitab mengenai
> budaya yang diperlukan :
> http://downloads.sourceforge.net/adempiere/MasterOpenSourceCulture.zip?use_mirror=transact
>
> PROSES BIMBINGAN
> 1. Calon yang sedemikian boleh menerima tunjuk ajar lebih tinggi yang
> bermutu secara langsung dari saya kebetulan sudah diiktiraf sebagai 'Guru'
> dan global founding leader sebuah projek atasan dalam SourceForge. Ia boleh
> dilakukan secara berperingkat dalam bentuk 'personal coaching'. Ini boleh
> dilakukan secara dalam kelas dan atas talian. Saya lebih selesa calon
> berdikari tanpa penyelaian secara langsung. Namun saya boleh memberi
> beberapa sesi penting secara bersemuka untuk menerangkan beberapa konsep
> yang mendalam yang payah difahami secara teori. Antaranya ialah:
> i. Open Source mengalahkan perisian tertutup dari segi Hak Cipta
> Intelektual (ini masih tidak difahami oleh kebanyakan institusi awam yang
> berkenaan.)
> ii. Kaedah membangun projek secara 'Social Networking' menerusi kaedah
> 'branded'
> 2. Cara belajar terbaik untuk menguasai Java secara praktikal.
>
> Saya akan memberikan lebih coaching teknik menguasai Java sekiranya calon
> memang menunjukkan minat luar biasa menguasainya.
>
> Initiatif ini saya dapat mengambil sekarang kerana:
> 1. Saya sudah mengumpul cukup ilmu kungfu mengenai projek berasaskan Java
> selepas 8 tahun di dalamnya.
> 2. Saya sudah cukup bebas kerana berdikari sepenuhnya dengan pendapatan
> atas talian tanpa perlu terikat dengan mana-mana pihak secara geografi
> maupun politik.
> 3. Tugasan saya secara harian terkini memang berkait rapat dengan pelbagai
> kegunaan bernilai komersil berkaitan ADempiere seperti:
> a. QA dan Testing Engine
> b. Manufacturing Module
> c. Fixed Assets
> d. Maintenance of Assets
> e. Costing Engine
> f. Component Model dari OSGi
>
> Panduan lengkap berbentuk e-book juga akan diberikan kepada calon yang
> serius.
>
> PERINGATAN: Indeks kegagalan aprentis selama ini adalah 100%, iaitu tiada
> seorang pun aprentis saya sejak 1997 yang berjaya. Namun mereka
> masing-masing secara umum bertambah nilai dalam pasaran akibat proses
> pengaprentisan saya:
>
> 1. Biodata mereka lebih global kerana apa jua projek yang mereka terlibat
> pasti ada rujukan dari syarikat pengguna seluruh dunia.
> 2. Pendedahan teknikal adalah menyeluruh dan bersifat 'enterprise' dan
> berkaitan sistem kewangan yang bernilai cukup tinggi dalam pasaran dunia.
> 3. Mereka mempelajari beberapa teknik shortcut dalam hidup tanpa melalui
> kesilapan yang telah dilakukan dalam hidup saya dari segi mengejar kerjaya
> yang sesuai.
>
> Ini tidak bermakna seseorang aprentis mesti berjaya dari kacamata saya yang
> ingin mereka itu mencapai objektif utama tersebut di atas. Tetapi mereka
> dikira berjaya sekiranya mereka menambah gaji bulanan mereka nanti secara
> mendadak. Matlamat gaji yang sepatutnya ialah dari RM2000 sebulan kepada
> RM5000 sebulan dalam setahun. Pendapatan saya sendiri adalah bernilai RM15k
> sebulan.
>
> Sekiranya masih yang rasa teringin mencuba silalah hantar satu karangan
> lengkap secara bebas mengapa saya patut terima mereka untuk tawaran ini.
>
> Sekian wasalam
> Redhuan D. Oon
> www.red1.org
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/
>



-- 
./azim

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/

Kirim email ke