Saudara/i warga perisian bebas,
Projek komuniti ADempiere kini ada peluang bagi pelajar tempatan
menjejaki cara hidup bebas berdikari dengan kepakaran pelbagai ilmu
perisian bebas seperti Fitnesse, Java, Junit, OSGi, Ext JSP, PostgreSQL
dan HTML5 dengan melibatkan diri dalam satu projek yang berpengkalan di
negara Jerman. Seorang aprentis dari sana akan berada di Malaysia dari
bulan Ogos selama 6 bulan. Beliau adalah maskot projek - seperti
terpapar dalam laman www.adempiere.org dan www.red1.org
Beliau akan berkongsi tugas projek dengan 2 aprentis terpilih dari
Malaysia, dan bagi aprentis tempatan yang berjaya juga akan berpeluang
ke luar negara samada Eropah atau Latin Amerika bergantung pada
persediaan yang sering ujud dikalangan komuniti luas ADempiere.
Pendedahan projek dan aprentis dari Jerman akan memangkinkan daya
pencapaian dengan lebih laju dari biasa serta bergiat secara global.
Sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan maklumat diri yang
menyakinkan kami tentang kesungguhan dirinya. Tiada apa elaun akan
diberikan dalam tempoh 3 bulan pertama. Bonus projek akan ditawarkan
sekiranya berjaya menguasai tunjuk ajar yang diberi dan menghasilkan
keperluan projek.
Rekod bio-data anda juga akan dinaik-taraf dengan pengkitirafan oleh
syarikat dari Jerman serta beberapa negara luar yang lain nanti mengikut
penerimaan sumbangan perisian bebas masing-masing. Ini akan juga
membantu indeks negara memanjat tangga sebagai pembangun perisian bebas
yang asli dan bertaraf dunia.
Kelulusan minima: SPM - Inggeris dan Matematik Tambahan - A+ atau A1
Sila tujukan permohonan kepada emel saya di atas sebelum 15hb June, 2012.
Redhuan D. Oon
Pengasas Projek ADempiere
--
To unsubscribe from and detail about this group
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/