Ilmu hisab ku tak mencapai piawai yg ditetapkan. Pada 8 Jun 2012 12:56 PG, red1 <r...@red1.org> menulis:
> Saudara/i warga perisian bebas, > Projek komuniti ADempiere kini ada peluang bagi pelajar tempatan menjejaki > cara hidup bebas berdikari dengan kepakaran pelbagai ilmu perisian bebas > seperti Fitnesse, Java, Junit, OSGi, Ext JSP, PostgreSQL dan HTML5 dengan > melibatkan diri dalam satu projek yang berpengkalan di negara Jerman. > Seorang aprentis dari sana akan berada di Malaysia dari bulan Ogos selama 6 > bulan. Beliau adalah maskot projek - seperti terpapar dalam laman > www.adempiere.org dan www.red1.org > > Beliau akan berkongsi tugas projek dengan 2 aprentis terpilih dari > Malaysia, dan bagi aprentis tempatan yang berjaya juga akan berpeluang ke > luar negara samada Eropah atau Latin Amerika bergantung pada persediaan > yang sering ujud dikalangan komuniti luas ADempiere. Pendedahan projek dan > aprentis dari Jerman akan memangkinkan daya pencapaian dengan lebih laju > dari biasa serta bergiat secara global. > > Sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan maklumat diri yang > menyakinkan kami tentang kesungguhan dirinya. Tiada apa elaun akan > diberikan dalam tempoh 3 bulan pertama. Bonus projek akan ditawarkan > sekiranya berjaya menguasai tunjuk ajar yang diberi dan menghasilkan > keperluan projek. > > Rekod bio-data anda juga akan dinaik-taraf dengan pengkitirafan oleh > syarikat dari Jerman serta beberapa negara luar yang lain nanti mengikut > penerimaan sumbangan perisian bebas masing-masing. Ini akan juga membantu > indeks negara memanjat tangga sebagai pembangun perisian bebas yang asli > dan bertaraf dunia. > > Kelulusan minima: SPM - Inggeris dan Matematik Tambahan - A+ atau A1 > > Sila tujukan permohonan kepada emel saya di atas sebelum 15hb June, 2012. > > Redhuan D. Oon > Pengasas Projek ADempiere > > -- > To unsubscribe from and detail about this group > http://portal.mosc.my/osdc-my-**mailing-list-information<http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information> > > OSDC.my Discussion Group In Facebook > http://www.facebook.com/**groups/osdcmalaysia/<http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/> > > Malaysia Open Source Conference 2012 > MOSC2012 http://portal.mosc.my/ > -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information OSDC.my Discussion Group In Facebook http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/ Malaysia Open Source Conference 2012 MOSC2012 http://portal.mosc.my/