FADHILAT ZULHIJJAH
==================
Zulhijjah datang lagi buat sekian kalinya menemui kita bersama-sama
kelebihannya sebagaimana yang pernah disebut oleh Pemimpin Daulah Islam yang
pertama di Madinah yaitu Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis. Zulhijjah
merupakan bulan yang menghimpunkan beberapa ibadat yang tidak ada pada bulan
lain iaitu ibadat haji, ibadat korban disamping solat, sedekah serta amalan
berzikir sebagai mendekatkan diri kepada Allah 'azzawajalla. Zulhijjah juga
mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa yang besar terutama bagi para
jemaah haji iaitu mengenai pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail
serta Siti Hajar dalam masalah korban, sai'e dari Sofa ke Marwah, tawaf dan
lain-lain lagi. Kita juga diingatkan dengan peristiwa haji wida' (selamat
tinggal) dan khutbah yang keluar daripada mulut yang mulia iaitu daripada
Rasulullah S.A.W sendiri yang mana dalam khutbah ini terkandung dalamnya
nasihat, wasiat dan amanah yang penting daripada baginda kepada para
muslimin samada yang ada pada masa itu atau pun generasi seterusnya
sehinggalah hari qiamat.
Di bawah ini dinukilkan beberapa hadis sebagai renungan dan juga
perangsang kepada kita dalam menambahkan lagi amalan dibulan yang penuh
kelebihan ini dan bukannya melepaskan segala peluang yang ada dengan amalan
yang sia-sia.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata :Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya
:Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih
disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari
pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rassulullah! dan tidak
(amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan
Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan
dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan
sesuatu.
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan daripada imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud,
Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Habban dan al-Baihaqi dengan sanad atau jalan
berbeza -
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya :
Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan
padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini. Maka
perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia
merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa
sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700
kali ganda.
- Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi dan disebut oleh
imam Sayuti -
Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita mengenai kelebihan beramal pada
hari sepuluh daripada Zulhijjah seperti berpuasa sunat, zikir, tahlil dan
bertakbir. Kelebihannya ini tidak dapat dirasai jika kita hanya membaca dan
mengetahuinya tanpa ada di sana amalan sebagai menyahut kelebihan yang
dianugerahkan oleh Allah ini.
----------------------------------------------------------------------------
----
maraji
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji
oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah
Mukarramah
--------------------------------------------------------------
Website: http://www.rantaunet.org
=========================================================
Berhenti, berhenti sementara dan konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke:
http://rantaunet.org/palanta-setting
--------------------------------------------------------------
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan Reply
- Besar posting maksimum 100 KB
- Mengirim attachment ditolak oleh sistem
=========================================================