KOTA BHARU, 27 Jun - Jambatan kedua merentangi Sungai Kelantan yang 
menghubungkan bandar ini dan Tumpat kini masih di peringkat reka bentuk di 
Jabatan Kerjaraya Persekutuan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md 
Anizam Abdul Rahman berkata, jambatan kedua memang menjadi keutamaan di 
Kelantan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. 
“Sekarang pembinaan jalan empat lorong di antara Wakaf Bharu dan simpang empat 
Wakaf Siku sedang dijalankan. Jalan tersebut bermula dari bulatan di Pasir 
Pekan sejauh 3.6 km,” katanya menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (PAS – 
Kelaboran) pada persidangan DUN hari ini. 
Menurutnya, setiap lorong jalan tersebut mempunyai lebar seluas 3.5 meter. 
Kerja-kerja menambung di laluan berkenaan sedang giat dijalankan sekarang. 
Selain itu, jejantas di depan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan juga akan dibina. 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin 
Hassan berkata, sehingga kini belum ada permohonan yang diajukan Kementerian 
Belia dan Sukan bagi membina Kompleks Sukan Komuniti di negeri ini. 
Oleh itu, katanya adalah tidak berasas dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri 
menolak permohonan yang diajukan bagi tujuan itu. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Fatah Mahmood 
berkata, menjadi agenda utama kerajaan negeri bagi memartabatkan golongan 
wanita di negeri ini. 
Katanya, antara program yang dianjurkan bagi tujuan itu termasuk Cakna Keluarga 
yang diadakan di setiap DUN, pembangunan kemahiran diri, pembangunan usahawan 
dan mewujudkan Pusat Sehenti Wanita Kelantan. 
“Kejayaan program di bawah Kumpulan Pengembangan Wanita yang dikendalikan 
Jabatan Pertanian sudah terbukti apabila pada tahun lepas sebanyak RM11.8 juta 
hasil dipunggut,” katanya menjawab soalan Mohd Shukri Abdul Rahman (PAS – 
Kadok). 



                
---------------------------------
Yahoo! Sports
 Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke