KOTA BHARU - Pelbagai saluran akan digunakan oleh kerajaan bagi mencapai hasrat 
memberi maklumat yang tepat kepada rakyat berkaitan isu semasa dan perjalanan 
kerajaan. 

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Negeri, 
Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah berkata beberapa langkah telah diambil bagi tujuan 
ini. 

“Selain penyebaran melalui IT dan juga cetakan buletin secara berkala yang 
telah diterbitkan oleh urusetia kerajaan negeri, Unit bergerak turut diwujudkan 
untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran”. 

“Unit ini akan digerakkan ke seluruh jajahan dengan pendekatan yang baru serta 
lebih diminati oleh masyarakat setempat termasuklah penayangan gambar untuk 
umum,” jelasnya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahmad Baihaki 
Atiqullah (PAS-PASIR TUMBOH).

Sementara itu, ketika menjawab soalan Wan Aziz Wan Jaafar (PAS-PENGKALAN PASIR) 
mengenai cadangan penubuhan institusi pengajian tinggi di selatan negeri ini 
Ustaz Mohd Amar berkata kawasan terbabit adalah pilihan kerajaan. 

“Kita akan majukan kawasan selatan terutamanya di Lojing Gua Musang sebagai 
pusat pengajian tinggi pada masa akan datang”. 

“Kawasan ini dilihat bersesuaian dan selesa untuk belajar dan masih mempunyai 
kawasan tanah yang luas untuk pelbagai kemudahan infrastruktur yang 
diperlukan”.//Sumber UPKN 





                
---------------------------------
Yahoo! Mail
 Stay connected, organized, and protected. Take the tour

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke