KOTA DARULNAIM - Kerajaan negeri merangka empat program baru yang meliputi pembangunan kekeluargaan, kemahiran diri, keusahawanan dan fizikal untuk manfaat golongan wanita di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood,berkata selain itu kerajaan turut melaksanakan program Cakno Keluarga yang akan diadakan di setiap DUN yang telah pun bermula sejak April lalu dan dijangka akan tamat September ini. Program ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan menyedarkan setiap ahli keluarga akan tanggungjawab masing-masing bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan menghindari diri daripada terlibat dengan gejala sosial. kita juga melaksanakan membentuk kemahiran diri melalui bengkel jahitan dengan peserta dari 10 dun terpilih terdiri daripada ibu tunggal, beliawanis dan surirumah. Bagi yang berminat untuk menjadi usahawan, Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memberi kursus asas kepada peserta. Dari aspek pembangunan fizikal pula, kerajaan negeri akan mengadakan pusat sehenti dan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan bagi membela nasib golongan wanita,Jelasnya semasa menjawab soalan Haji Mohamed Shukri Ab Rahman (PAS-Kadok) pada persidangan DUN pagi tadi. Ketika menjawab soalan tambahan Dato Dr Ilias Hussain (BN-Jelawat), Abdul Patah menjawab program pembangunan usahawan yang paling berjaya adalah Kumpulan Perkembangan Wanita (KPW), Projek di bawah bimbingan Jabatan Pertanian ini telah memberi pulangan hasil sebanyak RM 11.8 juta dengan 9 peserta mendapat pendapatan RM200,000, 14 orang mendapat RM 100,000, 17 peserta mendapat RM 50,000. (RAZILA-ny)//Sumber UPKN __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
