GUA MUSANG: Seramai 20,000 guru di seluruh Kelantan akan diberikan latihan 
kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi menjayakan matlamat 
semua Sekolah Bestari menjelang 2010. 

Usaha Kementerian Pelajaran itu dijayakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan 
Guru (BPG), Unit ICT Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pejabat 
Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama syarikat swasta, Syarikat Prestariang 
Teknologi Sdn Bhd dari Kuala Lumpur.

Jurulatih Utama Prestariang, Ibrahim Deris, berkata pihaknya itu diberikan 
kontrak selama dua tahun oleh Kementerian Pelajaran bagi membantu guru di 
Kelantan menguasai bidang itu.

Beliau berkata, ketika ini, 89 pusat pembelajaran ICT dikendalikan di seluruh 
negara termasuk lima di Kelantan membabitkan jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir 
Mas, Tanah Merah dan Gua Musang.

Katanya, setakat ini lebih 12,000 guru pelbagai opsyen di seluruh negara sudah 
mengikuti kursus itu termasuk 1,250 guru dari negeri ini sejak program itu 
dimulakan akhir tahun lalu.

"Dalam tempoh dua tahun yang diberikan, kami yakin semua guru Kelantan akan 
mendapat pendedahan sewajarnya menerusi kursus kemahiran ICT yang diadakan di 
jajahan yang ditetapkan.

"Kita berpuas hati dengan kesungguhan dan minat guru yang dihantar mengikuti 
kursus ICT ini walaupun masa yang diberikan singkat," katanya ketika ditemui di 
Makmal Komputer Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Gua Musang, di 
sini, semalam.//BH 28 Jun.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1502




                
---------------------------------
Yahoo! Sports
 Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke