Oleh ABD RAZAK GHANI Di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ketua Pembangkang Dato' Annuar Musa telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Kerajaan. Dalam penggulungan, Exco Kerajaan Negeri, Haji Husam Musa telah menjawab semua pertuduhan dan sindiran tersebut dengan fakta-fakta, sekaligus melenyapkan dakwaan-dakwaan itu sebagai tidak benar. ABDUL RAZAK GHANI melaporkan dari Kota Bahru. Ia umpama meriam buluh, bunyi hebat, tetapi tidak mungkin mengoncang bukit dengan meriam buluhnya itu.
Sekonyong-konyongnya itulah reaksi Haji Husam Musa mengenai ucapan oleh Annuar ketika sessi perbahasan Enekmen Bekalan Tambahan 2005 di DUN Kelantan. Ucapan yang panjang tetapi substancenya sedikit sekali . Isu yang ditimbulkan disebabkan oleh kekeliruan, bukan oleh fakta tetapi misleading oleh orang yang pakar dalam menuturkan lidah-lidah mereka. Kata-katanya nampak manis, umpama proverb ( peribahasa ) Latin, dalam madu ada racun. Kesimpulannya bukan kata-kata yang benar. Ucapan Husam ini bagaikan berfalsafah, tetapi ini adalah mukadimah sebelum menggulung perbahasan tersebut dengan maklumat yang sarat dengan fakta-fakta. Ada dua perkara yang didakwa oleh wakil Kok Lanas itu. Pertama, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan 57 lesen perlombongan sepanjang 14 tahun pemerintahan. Ketua Pembangkang itu mendakwa kerajaan secara konspirasi mengeluarkan sijil perlombongan tetapi sebaliknya syarikat yang diberi lesen mengaut hasil balak. Keluasannya 8,000 hektar di kawasan Hutam Simpan Kekal , dakwa Ketua Pembangkang itu. Menurut Husam keluasan sebenar ialah 7,812 hektar yang merupakan hanya 1.2% daripada jumlah keseluruhan Hutan Simpan seluas 626,687 hektar di Kelantan. Dan secara puratanya hanya 4 lesen dikeluarkan membabitkan seluas 571 hektar setahun sahaja di sepanjang pemerintahan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar.. Fakta ini menurut Husam menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri begitu berhemah dalam meluluskan lesen perlombongan. Mengenai tuduhan Kerajaan Negeri terbabit dalam konspirasi lesen terbabit, Husam sinis menjawab bahawa teori ini paling popular ketika ini termasuk dalam isu Naib Presiden Umno. Konspirasi adalah jalan paling mudah untuk kita establish dakwaan yang palsu dan tidak berasas, ujarnya lagi. Ketua Pembangkang juga mendakwa ada syarikat perunding yang membuat pengesahan mineral dalam masa empat hari sahaja. Dalam perkara ini, Husam berkata beliau tidak mempercayai dakwaan Annuar itu. Kok Lanas kata empat hari. Kadang-Kadang orang Kok Lanas ni cakap lain. Baru tadi dia kata barua, lepas itu dia kata tidak ingat. Itu satu contoh yang paling terang di depan kita semua, bagaimana dia boleh twist lidah dia dalam masa yang singkat. ( Sebelum ini, Annuar telah mengeluarkan perkataan barua terhadap Dato Annuar Tan ketika bertikam lidah berhubung isu orang Cina yang dikatakan di belakang syarikat-syarikat yang mendapat lesen melombong itu.) Menurut Husam lagi, walaupun perunding memberikan laporannya dalam masa 2 hari pun beliau tidak hairan. Bukan masa singkat yang jadi isu. Kita kena buktikan penipuan, baru boleh kata penipuan berlaku, kata Husam lagi. Ini kerana data-data mentah ini telah ada di Jabatan Geo Science. Sesiapa saja, ujarnya boleh pergi ke jabatan itu dan peta, anggaran kuanti dan jenis mineral boleh diketahui dalam masa 10 minit sahaja kerana semua maklumat itu komputerise. Husam menjelaskan lagi bahawa lesen melombong di lulus di bawah Jawantankuasa Mineral Negeri yang Pengarah Jabatan Geo-Science adalah ajknya. Jabatan itu adalah Jabatan Persekutuan. Berhubung pembalakan di kawasan yang didiluluskan untuk perlombongan, Husam berkata tender kawasan seluas 1,166 hektar , April lalu telah menjana hasil 12.51 juta ringgit. Ini bermakna pendapatan RM10, 828 per ekar. Beliau mencabar wakil rakyat BN mencari laporan perhutanan negeri-negeri lain samada dapat mendapat harga setinggi di Kelantan!. Husam juga mengingatkan sidang DUN kepada tinjaun udara oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar , Sazmi Miah yang mendapati tiada pembalakan haram berlaku. YB Sazmi dengan krew TV3, Utusan Malysia semak dari udara Blok Sokor tidak ada perlombongan haram. Niat tersebut hancur berkecai. Ini kerana kita patuhi undang-undang, kita sayang kepada bumi kita ini kerana ia ajaran daripada Islam. Hatta binatang dan batu juga ada hak sebagai makhluk Allah. Pengeluaran lesen melombong juga berdasarkan merit dan tidak hanya kepada syarikat yang dimilki oleh bukan Melayu. Husam turut membaca nama pemilik syarikat yang memegang lesen MC 796 yang pemiliknya 100% Melayu bagi menidakkan dakwaan Annuar. Mengenai lesen yang didakwa diberikan kepada seorang bekas wakil rakyat PAS, beliau menjelaskan ikut rekod PTG surat kelulusan pajakan dikeluarkan pada 11 haribulan Januari 2005. Pada masa itu, orang berkenaan tidak lagi menjadi wakil rakyat PAS. Sehubungan tidak timbul soal Kerajaan Negeri memberikan lesen kepada wakil rakyatnya. Syarikat itu juga mempunyai modal berbayar RM500 ribu ringgit dan bukannya syarikat RM2 sebagaimana di dakwa. Ini fakta yang perlu kita teliti, sebelum kita secara salah gambarkan dalam dewan ini tentang niat politik kita untuk mempolitik isu ini. Akhirnya integriti kita jatuh. Kita kena cek fakta kita sebelum kita buat konklusi yang salah. Sepanjang penggulungan bagi pihak kerajaan oleh Husam, Annuar tidak bangun mencelah fakta yang dihuraikan oleh Husam. Riak mukanya bersahaja apabila hujahnya sebelum ini dipatahkan satu persatu, tetapi bak kata pepatah kampung terbakar nampak asap, hati terbakar siapa yang tahu. ------------------- Penulis adalah Pegawai Khas, Haji Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1508 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
