KOTA BAHARU, 29 Jun - Kerajaan Kelantan diminta menyediakan tabung pusingan 
yang boleh digunakan sebagi modal oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi 
melaksanakan aktiviti pembangunan di kawasan pentadbiran masing-masing.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) Abdul Halim Ahmad berkata kerajaan 
negeri diharap dapat memberi perhatian kepada cadangan berkenaan kerana 
kebanyakan PBT menghadapi masalah kewangan.

"MDPM sendiri mengalami masalah kewangan yang teruk, sehingga untuk mengutip 
sampah pun kita tidak dapat lakukan dengan sempurna kerana kekurangan lori 
sampah manakala lori yang ada sangat uzur keadaannya," katanya.

Beliau berkata PBT yang menggunakan wang daripada tabung itu boleh membayar 
balik wang berkenaan melalui hasil pembangunan yang dijalankan.

Abdul Halim berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani 
perjanjian persefahaman pembangunan Bandar Baru Pasir Mas antara MDPM dengan 
Syarikat Taman Semasa (M) Sdn Bhd di sini Rabu.

Taman Semasa diwakili Pengurus Besarnya Ir Suharto Mat Nasir. Perjanjian itu 
turut disaksikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pembangunan bandar baru Pasir Mas di kawasan seluas 42.8 hektar di Lubok Jong 
itu dijangka menelan kos kira-kira RM250 juta yang antara lain membabitkan 
pembinaan 150 unit lot perdagangan, 661 unit rumah kediaman dan pasar bagi 
menggantikan pasar sedia ada di bandar Pasir Mas.

Abdul Halim berkata pasar besar Pasir Mas kini terlalu sesak dan tidak selamat 
dan kebakaran boleh dikatakan berlaku setiap tahun berpunca daripada kegiatan 
pendawaian sewenang-wenangnya oleh peniaga di situ.

"Selain itu, bandar Pasir Mas sendiri sudah terlalu padat, tidak ada ruang 
untuk pembangunan kerana MDPM menyewa tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad 
(KTMB), selain terlalu hampir dengan tebing sungai," katanya.

Kedudukan bandar baru itu juga lebih strategik iaitu kira-kira 10 km dari 
bandar asal dan terletak di pertengahan jalan menghala ke Rantau Panjang dan 
Tanah Merah.

Projek yang akan dilaksanakan menerusi lima peringkat itu dijangka siap 
sepenuhnya dalam tempoh lima tahun./Bernama


http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1521



                
---------------------------------
Yahoo! Mail Mobile
 Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke