KOTA BHARU 29 Jun : Kegagalan pihak berkuasa membaiki jambatan uzur di negeri 
ini, menyebabkan berlaku tragedi kematian kelmarin, apabila seorang warga tua 
menjadi korban terbaru di Ketereh, dekat sini.

Februari lalu, kanak-kanak Noraili Yusoff, 4, lemas selepas terjatuh ketika 
melalui jambatan uzur di depan rumahnya di Kampung Kok Pasir dekat Jalan 
Pengkalan Chepa. 

Dalam kejadian kelmarin, Khatijah Rahmatullah, 65, dipercayai terjatuh ketika 
melalui jambatan uzur tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di 
Kampung Dendang di Ketereh.

Mayatnya ditemui terapung penduduk kampung yang mencarinya kira-kira jam 2 
petang selepas menyedari kehilangannya pada pagi Isnin apabila mendapati mangsa 
tidak pulang ke rumah saudaranya pada malam sebelum kejadian. 

Khadijah sering melalui jambatan terbabit kerana berulang-alik ke rumah anak 
tunggalnya, Mohd Kamal Mohamad, 48, yang juga Penghulu Mukim Dendang.

Saudara mangsa, Ramlah Latif, 52, berkata Khadijah yang tinggal bersamanya, 
keluar ke rumah anak (Kamal) pada Ahad lalu untuk menemui cucunya.

"Seperti kebiasaan pada sebelah malam, arwah akan balik tidur di rumah saya 
atau pergi tidur ke rumah seorang lagi saudara, Wan Aishah Wan Sulaiman, 54. 

"Pada malam kejadian, saya menunggu dia pulang dari rumah anaknya sejak jam 8 
malam tetapi tidak muncul sehingga pagi, membuatkan saya menyangka dia tidur di 
rumah Wan Aishah. 

"Keesokan harinya, saya ke rumah Aishah dan Kamal memaklumkan Khatijah tidak 
balik ke rumah saya. Ketika itu, kami sedar dia hilang," katanya ketika 
ditemui, semalam.

Mohd Kamal berkata, sebaik menyedari kehilangan ibunya, dia dan saudara mara 
segera mencarinya termasuk meninjau jambatan yang sering menjadi laluan ibunya 
itu.

"Akhirnya kami temui mayat ibu saya terapung dalam tali air kira-kira 500 meter 
dari jambatan yang hanya terletak 10 meter dari rumah saya," katanya.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Ketereh mengenai kejadian itu dan jenazah 
ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Kuang malam kelmarin. 

Mohd Kamal mendakwa, sebelum kejadian menimpa ibunya, penduduk sudah beberapa 
kali memohon kepada Kada supaya membaiki jambatan terbabit tetapi tiada 
tindakan diambil.

Katanya, sebelum ini, sudah beberapa kali penduduk kampung termasuk yang 
bermotosikal jatuh ke tali air itu ketika melalui jambatan berkenaan.

“Kelmarin, sebelum mayat ibu saya ditemui, ada orang datang meletakkan papan 
tanda di sini," katanya.

Tinjauan mendapati, papan tanda Awas Jambatan Ditutup dipasang pada jambatan 
itu tetapi penduduk mendakwa ia diletakkan kira-kira jam 10 pagi kelmarin.//BH 
30 Jun

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1519



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke