KOTA BAHARU, 3 Julai - Polis menahan dua lelaki, kedua-duanya bapa saudara 
seorang lelaki yang ditembak kerana disangka babi hutan di Kampung Chegar 
Bongor, Gua Musang semalam, untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, ACP 
Mohamed Razalli Mohamed Yusof berkata polis turut merampas selaras senapang 
patah dan 11 butir peluru hidup daripada mereka.

Seorang daripada lelaki itu merupakan anggota Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA3), 
katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Dalam kejadian itu, Idrus Bakar, 26, cedera di paha dan tangan kanannya setelah 
terkena satu das tembakan peluru penabur ketika berjalan kaki pulang ke 
rumahnya, kira-kira 200 meter jaraknya.

Idrus yang di hantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan, kemudian dipindahkan 
ke Hospital Kota Baharu (HKB) bagi pembedahan mengeluarkan peluru berkenaan.

Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil.//Bernama



                
---------------------------------
Discover Yahoo!
 Use Yahoo! to plan a weekend, have fun online & more. Check it out!

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke