KOTA BHARU: Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) kini menyediakan
E-Pustaka bergerak sebagai kemudahan kepada pengguna mendapatkan maklumat dan
sumber ilmu melalui internet.
Pengarah PPAK, Nik Ariff Nik Mansor, berkata E-Pustaka dilengkapi komputer riba
ditempatkan dalam bas perpustakaan bergerak yang membolehkan orang ramai
mengakses kepada internet.
Melalui perkhidmatan ini, kami menyediakan kakitangan membantu dan menasihati
orang ramai berhubung penggunaan komputer ketika melayari internet bagi mencari
maklumat yang diperlukan.
Sejak dilancarkan Februari lalu, E-Pustaka mendapat sambutan menggalakkan
terutama daripada pelajar yang sentiasa menunggu untuk menggunakan perkhidmatan
ini dua minggu sekali, katanya.
Nik Ariff berkata, E-Pustaka diperkenalkan sebagai langkah untuk menggalakkan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan pelajar, guru
dan komuniti luar bandar yang tiada kemahiran serta kemudahan ICT.
Katanya, ia juga memperkenalkan pelbagai kaedah baru kepada orang ramai
mengenai kaedah mengumpul dan memproses maklumat serta memberi pengalaman
sesuai dengan keperluan pendidikan masa kini dan akan datang.
Nik Ariff berkata, PPAK juga mengendali enam perpustakaan cawangan peringkat
jajahan termasuk Desa Siber, merangkumi Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai,
Tumpat, Bachok dan Jeli.
Katanya, sepanjang tahun lalu 32,679 mengunjungi perpustakaan awam seluruh
negeri ini termasuk 12,288 pengunjung kanak-kanak.
Selain itu, setakat tahun lalu, ahli PPAK ialah 23,990 orang termasuk 21,700
kanak-kanak sekolah, belia 313, dewasa 199.//BH 4 Julai
---------------------------------
Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/