TUMPAT: Pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmud Mahyiddin, Mohd Ridzuan Hashim,
16, yang hilang dari rumahnya Sabtu lalu, ditemui dalam keadaan keliru di
sebuah pangkalan bot tepi Sungai Kelantan, malam kelmarin.
Pelajar itu dikatakan berada dalam keadaan hilang ingatan ketika disapa seorang
lelaki yang kebetulan hendak memancing udang di tepi pangkalan bot itu
kira-kira jam 9 malam.
Ketika ditemui, Mohd Ridzuan berkata, pada hari kehilangannya, dia berasa
seperti dipukau menuju ke arah sungai yang terletak kira-kira 250 meter
daripada rumahnya.
Katanya, selepas bermain di belakang rumahnya, dia hendak balik ke rumahnya
yang terletak hanya lima meter tetapi tertarik untuk menuju ke sungai.
Apabila sampai ke Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Tengah, saya
bertembung dua lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun yang kemudian
mengajak saya menaiki perahu mereka.
Saya seperti tidak sedar, terus menaiki perahu itu tanpa membantah walaupun
menyedari saya sendiri tidak pandai berenang, katanya.
Mohd Ridzuan berkata, ketika berada di tengah Sungai Kelantan, dua lelaki itu
sempat memancing dan mendapat seekor udang galah besar sebelum mendayung perahu
ke pangkalan bot di seberang Kota Bharu.
Dua lelaki itu memberi alasan kehabisan umpan memancing dan terpaksa
meninggalkan saya di pangkalan bot dan berjanji kembali semula. Saya menunggu
sehingga tertidur atas bangku di situ.
Malam kelmarin, saya tersedar apabila dikejutkan seorang lelaki yang melihat
saya dalam keadaan pelik dan bertanyakan rumah saya sebelum menawarkan
menghantar saya pulang ke rumah, katanya.
Kepulangan remaja itu menggembirakan keluarganya kerana sepanjang tempoh
kehilangannya, bapanya, Hashim Alias, 46, berkata kira-kira 100 penduduk
berusaha mencarinya.
Hashim berkata, selama ini anaknya tidak pernah berperangai pelik dan jarang ke
sungai kerana dia tidak pandai berenang dan jarak sungai dengan rumah mereka
agak jauh.
Saya pelik dengan kejadian ini kerana anak saya tidak mengenali lelaki yang
membawanya menaiki perahu malah tidak dapat mengingati wajah kedua-dua lelaki
itu, katanya.
Saya berterima kasih kepada pemancing yang menjumpai anak saya ini, walaupun
saya tidak sempat berjumpa dengannya, katanya.//BH 5 Julai
perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Pelajar sekolah agama dipercayai hilang
TUMPAT: Seorang bapa dengan bantuan kira-kira 100 penduduk melancarkan gerakan
mencari anak lelakinya yang dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah tanpa
pengetahuan keluarga sejak petang kelmarin.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmud Mahyiddin, Pasir Pekan, Mohd Ridzuan
Hashim, 16, dilihat keluar dari rumahnya di Kampung Pasir Pekan Tengah di sini
sehelai sepinggang kira-kira jam 6 petang semalam.
Ibunya, Norazizah Mat Nor, 34, berkata selama ini, anaknya itu tidak pernah
keluar rumah tanpa memaklumkan kepada keluarga kerana sering bermain bersama
adik beradiknya, selain bersolat di madrasah berhampiran rumah.
"Kami menyedari dia tiada di rumah jam 6.30 petang semalam (kelmarin) dan terus
memaklumkan kepada suami yang baru balik kerja sebelum kami cuba mencarinya di
sekitar kampung tetapi gagal.
"Kami mencarinya sehingga jam 8.30 malam tetapi masih gagal. Seorang penduduk
yang memaklumkan ada melihat Ridzuan ke sungai kira-kira jam 6.30 petang tetapi
dia dilihat balik selepas ditegur penduduk itu," katanya ketika ditemui di
rumahnya di sini, semalam.
Norazizah berkata, kira-kira jam 10 malam, suaminya, Hashim Ilias, 44, yang
juga kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) membuat laporan di
Balai Polis Wakaf Bharu.
Katanya, penduduk kampung membantu mencari anaknya sehingga jam 2.30 pagi
semalam tetapi sehingga kini remaja itu belum ditemui.
"Sebagai ikhtiar terakhir, kami sekeluarga mengadakan solat hajat bagi memohon
agar anak kami dilindungi daripada sebarang bahaya sambil berusaha mengesannya.
Kami yakin dia masih hidup," katanya.
Ketua Ahli Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Che Ludin Che Wil, berkata pihaknya
menerima panggilan bapa mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam yang meminta
bantuan mencari anaknya yang dikhuatiri hilang di sungai.
Beliau berkata, dua anggota dihantar ke tempat kejadian untuk membantu
menjalankan rondaan di Sungai Kelantan, tetapi tidak berhasil.//BH 4 Julai
---------------------------------
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
[Non-text portions of this message have been removed]
---------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS
Visit your group "perakan" on the web.
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
---------------------------------
---------------------------------
Discover Yahoo!
Have fun online with music videos, cool games, IM & more. Check it out!
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/