TUMPAT: Seorang bapa dengan bantuan kira-kira 100 penduduk melancarkan gerakan
mencari anak lelakinya yang dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah tanpa
pengetahuan keluarga sejak petang kelmarin.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmud Mahyiddin, Pasir Pekan, Mohd Ridzuan
Hashim, 16, dilihat keluar dari rumahnya di Kampung Pasir Pekan Tengah di sini
sehelai sepinggang kira-kira jam 6 petang semalam.
Ibunya, Norazizah Mat Nor, 34, berkata selama ini, anaknya itu tidak pernah
keluar rumah tanpa memaklumkan kepada keluarga kerana sering bermain bersama
adik beradiknya, selain bersolat di madrasah berhampiran rumah.
"Kami menyedari dia tiada di rumah jam 6.30 petang semalam (kelmarin) dan terus
memaklumkan kepada suami yang baru balik kerja sebelum kami cuba mencarinya di
sekitar kampung tetapi gagal.
"Kami mencarinya sehingga jam 8.30 malam tetapi masih gagal. Seorang penduduk
yang memaklumkan ada melihat Ridzuan ke sungai kira-kira jam 6.30 petang tetapi
dia dilihat balik selepas ditegur penduduk itu," katanya ketika ditemui di
rumahnya di sini, semalam.
Norazizah berkata, kira-kira jam 10 malam, suaminya, Hashim Ilias, 44, yang
juga kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) membuat laporan di
Balai Polis Wakaf Bharu.
Katanya, penduduk kampung membantu mencari anaknya sehingga jam 2.30 pagi
semalam tetapi sehingga kini remaja itu belum ditemui.
"Sebagai ikhtiar terakhir, kami sekeluarga mengadakan solat hajat bagi memohon
agar anak kami dilindungi daripada sebarang bahaya sambil berusaha mengesannya.
Kami yakin dia masih hidup," katanya.
Ketua Ahli Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Che Ludin Che Wil, berkata pihaknya
menerima panggilan bapa mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam yang meminta
bantuan mencari anaknya yang dikhuatiri hilang di sungai.
Beliau berkata, dua anggota dihantar ke tempat kejadian untuk membantu
menjalankan rondaan di Sungai Kelantan, tetapi tidak berhasil.//BH 4 Julai
---------------------------------
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/