Saudara Pengarang,
SAYA merujuk kepada surat Penduduk Terdesak dalam Forum, Utusan Malaysia pada 4 
Jun 2005.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penulis berkenaan kerana 
mengemukakan masalah yang juga menjadi hasrat sebahagian besar penduduk Kok 
Lanas. 

Untuk makluman, saya sendiri telah pun membawa masalah tersebut kepada 
pihak-pihak berkenaan.

Melalui perbincangan dengan Pengerusi Bank Simpanan Nasional, Datuk Abdul Azim 
Mohd. Zabidi pihaknya telah bersetuju mewujudkan perkhidmatan Bank Simpanan 
Nasional di Pekan Kok Lanas dalam masa terdekat.

Saya juga telah berunding dengan pihak Kementerian Kesihatan untuk 
mempercepatkan pembinaan sebuah klinik di pekan Kok Lanas dan ini juga telah 
dipersetujui dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengenai perkhidmatan pos pula, saya telah bercakap dengan Pengerusi Pos 
Malaysia Bhd., Tan Sri Adam Kadir dan pihak Pos Malaysia telah bersetuju 
mengadakan sebuah perkhidmatan pos di Pekan Kok Lanas dalam sedikit masa lagi.

Kita berharap ketiga-tiga perkhidmatan tersebut akan segera menjadi kenyataan 
dalam masa terdekat.

Bagi meningkatkan kemudahan penduduk Pekan Kok Lanas, beberapa usaha sedang 
dibuat termasuk membina sebuah masjid dengan kerjasama kerajaan negeri.

Di samping ini, rancangan untuk melebarkan jalan dari Ketereh ke Kok Lanas dan 
pembinaan sebuah pusat riadah atau pusat sukan komuniti juga sedang diusahakan.

Walaupun terdapat masalah tapak/tanah di Kok Lanas, namun ia dijangka dapat 
diselesaikan dalam sedikit masa lagi.

Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada `Penduduk Terdesak' yang 
begitu prihatin dan sikap bertanggungjawab seperti ini amat-amat kita 
alu-alukan.

DATO' ANNUAR MUSA, Ahli Dewan Undangan Kawasan Kok Lanas, Kelantan.


Utusan 6 Julai 2005 

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Penduduk Kok Lanas mahukan pejabat pos, klinik kerajaan

SAYA tinggal di pekan Kok Lanas, Kelantan yang letaknya lebih kurang 17 
kilometer dari Kota Bharu.

Pekan ini agak besar dan menempatkan kem tentera di Desa Pahlawan, dikelilingi 
beberapa buah kampung dan beberapa taman perumahan.

Pekan ini mempunyai dua buah sekolah menengah, empat sekolah rendah, sebuah 
politeknik dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Dengan jumlah penduduk yang agak besar, pekan ini sepatutnya mempunyai sebuah 
bank, klinik kerajaan dan pejabat pos, tetapi kesemuanya tiada.

Jika penduduk di Kok Lanas memerlukan perkhidmatan tersebut, mereka terpaksa ke 
pekan Ketereh, Pulai Chondong atau terus ke Kota Bharu.

Diharap pihak berkenaan mengusahakan supaya perkhidmatan yang disebut dapat 
diadakan. - PENDUDUK TERDESAK, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.




Utusan 4 Julai


            
---------------------------------
Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football

[Non-text portions of this message have been removed]




---------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS 


    Visit your group "perakan" on the web.
  
    To unsubscribe from this group, send an email to:
 [EMAIL PROTECTED]
  
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 


---------------------------------




                
---------------------------------
Yahoo! Mail
 Stay connected, organized, and protected. Take the tour

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke