KOTA BHARU: Lebih 2,000 ibu tunggal yang berdaftar dengan Pejabat Pembangunan 
Wanita Negeri Kelantan dikesan hidup daif bersama anak yang ramai.

Kebanyakan mereka berusia antara 30 hingga 45 tahun terpaksa bertungkus-lumus 
mencari rezeki menyara kehidupan keluarga dengan pendapatan antara RM200 hingga 
RM400 sebulan.

Kebanyakannya hidup sendirian kerana suami terbabit dadah termasuk ditahan di 
pusat pemulihan, diceraikan suami yang berkahwin lain serta diabaikan tanpa 
perceraian.

Jurucakap Pejabat Pembangunan Wanita Kelantan, berkata hanya beberapa ibu 
tunggal yang kematian suami hidup miskin kerana mempunyai tanggungan anak 
antara tiga hingga enam orang.

“Semua wanita terbabit mendaftarkan diri dengan pejabat ini sebagai golongan 
ibu tunggal yang memerlukan pembelaan sewajarnya. 

“Ada di antaranya yang tiada suami kerana menjadi penagih dadah, tetapi 
kebanyakannya ditinggalkan suami tanpa sebarang surat perceraian,” katanya 
ketika dihubungi di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, ibu tunggal yang mendaftarkan nama dengan pejabat itu 
kini dalam usaha diberi bantuan dan kemahiran diri seperti kursus komputer, 
masakan, jahitan dan kefahaman mengenai undang-undang syariah untuk memudahkan 
mereka mengetahui hak mereka.

Katanya, ibu tunggal yang memiliki anak melebihi lima orang, mereka diberi 
bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM50 sebulan, selain 
badan bukan kerajaan (NGO) dan modal pusingan daripada institusi kewangan.

“Pejabat ini menghantar senarai ibu tunggal yang memerlukan modal pusingan 
untuk menjalankan perniagaan kepada institusi bank sebagai jaminan mereka layak 
menerimanya.

“Kami yakin ramai ibu tunggal belum berdaftar dengan pejabat ini dan nasib 
mereka perlu dibela,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengesan bilangan sebenar ibu tunggal di seluruh negeri 
ini, pihaknya mengadakan kerjasama dengan Pejabat Pembangunan Wanita di setiap 
Parlimen.

“Menerusi kerjasama itu, kami yakin lebih ramai lagi ibu tunggal didaftarkan 
untuk diberi bantuan terutama bagi memastikan kehidupan anak mereka lebih 
terjamin,” katanya.//BHa

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1573



                
---------------------------------
 Sell on Yahoo! Auctions  - No fees. Bid on great items.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke