KETEREH, 9 Julai: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) didakwa pernah 
menolak permohonan penduduk kampung untuk membaiki jambatan ‘maut’ di Kampung 
Dendang dekat sini. 

Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa mendedahkan permohonan itu diaju 
kepada Kada pada 1993 dan ditolak sehingga menyebabkan ia dibincang di 
peringkat Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB). 

“Isu tersebut sudah dibincang di peringkat MDKB memandangkan jambatan berkenaan 
rosak sejak 1990 lagi. Bagaimanapun sejak tempoh itu jambatan tersebut 
dibiarkan begitu sahaja.

“Keadaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan Kada 
bertanggungjawab penuh di atas kesemua jambatan yang dibina di atas tali 
airnya,” katanya pada perjumpaan dengan penduduk di Kampung Dendang dekat sini, 
hari ini.

Sebelum itu, Husam bersama Penyelia DUN Kok Lanas, Haji Ashaari Mamat, Penyelia 
Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, 
Yang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh serta penduduk melawat 
jambatan tersebut.

Jambatan yang berlantaikan papan itu kelihatan berlubang di sana sini dan 
keadaan kayu pengalas lantai juga sudah reput. Penduduk memberitahu mangsa yang 
mati lemas pada 27 Jun lalu terjatuh melalui salah satu lubang di jambatan 
berkenaan.

Pada kejadian malang itu, Khatijah Rahmahtullah, 65 mati lemas dipercayai 
terjatuh dari atas jambatan terbabit pada sebelah malam dan mayatnya ditemui 
pada petang keesokkan harinya. 

Allahyarham Khatijah adalah ibu kepada Penghulu Mukim Dendang, Mohd Kamal 
Mohamad. Seminggu sebelum kejadian Harakah mendedahkan runggutan penduduk 
mengenai jambatan terbabit. 

Ekoran kejadian tersebut Pengerusi Kada, DatoÂ’ Annuar Musa melawat jambatan 
berkenaan pada 5 Julai lalu dan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM30,000 
bagi membina jambatan konkrit.

Bagaimanapun selepas empat hari berlalu belum lagi kelihatan sebarang usaha 
dilakukan bagi membaiki jambatan maut itu kecuali melekatkan papan tanda ‘Awas 
jambatan ditutupÂ’.

Sehubungan itu, Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, 
Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berkata, pihaknya 
memberi tempoh 10 hari kepada Kada bagi membaiki jambatan berkenaan.

“Kalau tidak nampak usaha-usaha dilakukan Kada membaikinya dalam tempoh 
ditetapkan, kerajaan negeri terpaksa mengambil tanggungjawab membina jambatan 
baru untuk mengelakkan berulangnya kejadian malang yang berlaku sebelum ini,” 
tambahnya.

Mohd Kamal berkata, beliau pernah menulis surat kepada Kada pada 1999 
memandangkan jambatan berkenaan rosak teruk dan membahayakan kepada orang ramai.

Menurutnya, tidak lama selepas itu iaitu sebelum berlangsung pilihan raya umum 
1999 beberapa pegawai agensi berkenaan datang mengambil gambar. Namun sehingga 
sekarang tiada sebarang tindakan dibuat.

Ekoran itu, katanya beliau bersama penduduk kampung bergotong royong membaiki 
jambatan itu dengan menukar papan yang reput dan menggantikan kayu di tempat 
berlubang.

Menurutnya juga, sebelum ini kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak 
RM16,000 bagi membina jambatan konkrit merentangi tali air Kada di kampung 
berdekatan.

“Jambatan konkrit untuk laluan pejalan kaki dibina pada 1997 sepanjang 125 kaki 
bagi memudahkan pelajar berulang alik ke sekolah. Setiap hari kira-kira 500 
penduduk tiga kampung berdekatan berulang alik menggunakan empat jambatan yang 
merentangi tali air,” ujarnya. 

Tali air tersebut dibina pada akhir 1960-an bagi menyalurkan air dari rumah pam 
di Kemubu untuk mengairi sawah padi di kawasan utara Kelantan. 

Beliau juga melahirkan terkilan kerana pemimpin Umno di kampung tersebut 
mengalihkan lampu jalan yang sepatutnya dipasang berhampiran jambatan di tepi 
tali air ke tempat lain, memandangkan di situ terdapat rumah penyokong PAS.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1571



                
---------------------------------
 Sell on Yahoo! Auctions  - No fees. Bid on great items.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke