KETEREH, 8 Julai Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa mahu penghulu tidak membiarkan mana-mana pegawai kerajaan menolak permohonan mereka bagi membantu rakyat miskin tanpa alasan munasabah.
Contohnya kata beliau permohonan penghulu bagi mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penduduk miskin di kawasan mereka perlu dipastikan tahap penyelesaiannya. Kalau menghadapi masalah penghulu tidak boleh biarkan begitu sahaja dan harus berani dengan mendedahkan kepada pihak atasan untuk membolehkan tindakan lanjut diambil. Kita tidak mahu JKM dianggap sebagai agensi kerajaan Pusat yang hanya diguna bagi pihak tertentu sahaja. Duit yang disalur adalah wang rakyat dan bukan milik mana-mana parti, katanya di sini. Sehubungan itu, beliau mahu penghulu mengubah minda mereka dan tidak lagi membiarkan sebarang tindakan dilakukan pegawai kerajaan secara sewenang-wenangnya. Jangan lagi mengambil sikap mengalah dengan membiarkan apa sahaja tindakan dilakukan pegawai termasuk mengenepikan permohonan mereka membantu penduduk miskin. Ini kerana keprihatinan kita terhadap masalah dihadapi penduduk boleh memberi kekuatan kepada kerajaan untuk terus bertahan, ujarnya. Beliau juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi membantu orang ramai yang mengalami kecacatan anggota badan untuk mendapat rawatan pemulihan. Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berkata, mereka yang mengalami apa-apa kecacatan dan mahu menjalani rawatan boleh memohon peruntukan tersebut. Misalnya kata beliau di Kelantan sekarang terdapat seramai 653 kanak-kanak yang mengalami kecacatan bibir, boleh memohon peruntukan itu bagi mendapat rawatan pemulihan. Beliau difahamkan setiap rawatan pemulihan penyakit bibir yang dikendalikan di Hospital Universiti Sains Malaysia membabitkan kos RM1,900. http://www.perakan.net --------------------------------- Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items. [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
