KOTA BAHARU, 11 Julai - Seorang pengawas tingkatan enam dibelasah tiga pelajar bersama dua lelaki lain, dipercayai berpunca daripada tindakan pengawas berkenaan yang menegur perbuatan beberapa pelajar merokok dalam tandas sekolah.
Mohd Madar Ahmad, 19, pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, Nilam Puri, di sini, mengalami lebam-lebam di beberapa bahagian badan dan bengkak di kepala dalam kejadian di hadapan sekolahnya kira-kira pukul 2.10 petang Ahad. Dua lelaki berkenaan, dipercayai abang seorang dari pelajar terbabit yang dipercayai tidak berpuashati dengan tindakan Mohd Madar menegur perbuatan pelajar itu merokok di dalam tandas sekolah, semasa diadakan pemeriksaan mengejut. "Ketika kejadian, saya baru keluar dari kawasan sekolah, apabila dengan tiba-tiba dihampiri sekumpulan lima lelaki, termasuk tiga pelajar tingkatan lima yang terus memukul saya dengan sebuah topi keledar menyebabkan saya terjatuh." "Selepas itu, kumpulan itu terus memukul, menumbuk dan menendang saya sehinggalah dileraikan pemilik kedai berhampiran," katanya kepada Bernama di sini, hari Isnin. Mohd Madar dihantar kakaknya ke Hospital Kota Baharu dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Supt Shafie Ismail berkata polis sudah menerima laporan berhubung kes berkenaan kira-kira sejam selepas kejadian, dan ia kini sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.//Bernama http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1582 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
