KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan memperuntukkan RM210,000 bagi membaiki lapan jambatan sekitar daerah Pasir Puteh yang rosak akibat banjir, tahun lalu.
Lapan projek itu ialah Kampung Barul Belitang; Kampung Sungai Gong; Kampung Jeram; Kampung Ambong; Kampung Banggol Setul; Kampung Seligi; Kampung Dogol Danau dan Kampung Gong Tengah. Pengarahnya, Lim Chow Hock, berkata peruntukan itu daripada kerajaan negeri yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1.2 juta untuk membaik pulih 58 jambatan seluruh negeri ini. Beliau berkata, JPS turut memohon peruntukan RM190,000 daripada Kerajaan Pusat bagi membaik pulih tiga lagi jambatan di Pasir Puteh, iaitu masing-masing Kampung Gong Mambu, Kampung Gong Kemudu dan Kampung Danau. "Tiga jambatan konkrit itu sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini. "Bagaimanapun, jambatan konkrit Sungai Seligi yang menyebabkan tiga pelajar terjatuh, masih menunggu kelulusan Kerajaan Pusat kerana kos membaikinya memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM250,000. "Jumlah itu termasuk bagi membaik pulih dua lagi jambatan konkrit di Pasir Puteh yang rosak iaitu Kampung Chekek serta Kampung Bukit Abal yang akan dilaksanakan sebaik peruntukan diterima. "Bagi memastikan penduduk melalui jambatan Sungai Seligi itu tidak terdedah bahaya, kerja sementara sedang dilaksanakan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Akhbar ini sebelum ini melaporkan, tindakan tiga beradik menunggang motosikal melalui jambatan uzur Sungai Seligi dalam perjalanan pulang dari sekolah di sini, terjatuh atas tapak konkrit jambatan itu.//Bha 19 Julai http://www.perakan.net __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
