JELI: Kaedah perladangan campur yang dibangunkan Mardi, mampu membantu petani 
memperoleh pendapatan bersih lebih RM2,500 sebulan, meskipun hanya membabitkan 
keluasan tanah tiga hektar.

Kawasan Kampung Bukit Bunga di sini, dikenal pasti sesuai dari segi agroekologi 
termasuk kesesuaian tanah dan cuaca untuk dimajukan dengan pelbagai tanaman 
ladang. 

Sistem peladangan itu merangkumi padi pada musim pertama dari Oktober hingga 
Mac diikuti sehektar tembakau, sehektar jagung, 0.25 hektar kacang tanah, 0.5 
hektar kenaf pada musim kedua mulai April hingga September.

Manakala ternakan kambing kacukan Boer dibuat secara integrasi selama enam 
bulan.

Ketua Projek Penyelidikan Peladangan Campur, Wan Azman Wan Ismail, berkata 
hasil projek campuran itu memberi pendapatan kasar sehingga RM96,000 setahun 
dengan pendapatan bersih RM30,000.

Wan Azman berkata, peladangan campur menjurus ke arah usaha memaksimumkan 
pendapatan menerusi penggunaan sumber ladang sedia ada, kepelbagaian tanaman 
dan ternakan dengan input dalaman bagi mengurangkan input luaran serta risiko 
penyakit termasuk racun kimia.

Katanya, Mardi sudah memantapkan sistem penyampaian menerusi peningkatan 
program pemindahan teknologi kepada golongan sasar menerusi kegiatan Hari 
Ladang.

"Projek kami di sini adalah makmal ladang kepada petani, penternak, usahawan 
dan pegawai pengembangan dari kawasan sekitar serta tempat lain untuk mendapat 
pengalaman mengenai pengurusan sumber secara lebih berkesan.

"Mardi berharap petani sekitar jajahan Jeli dapat mengamalkan ketiga-tiga 
sistem hasil penyelidikan itu kerana ia terbukti dapat meningkatkan pendapatan 
mereka.

"Penerimaan hasil penyelidikan petani di sini akan menjadi satu dorongan kepada 
penyelidik Mardi untuk lebih berdedikasi dalam menjalankan penyelidikan 
mereka," katanya.

Usaha Mardi itu turut menarik perhatian Menteri Pertanian Industri dan Asas 
Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meninjau ladang itu baru-baru ini./Bha 19 
Julai.
 
http://www.perakan.net
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke