KUALA KRAI: Apabila pegawai kanan kerajaan Persekutuan memberitahu bantuan banjir diberi tanpa mengambil kira fahaman politik, penduduk menarik nafas lega seketika.
Namun rasa lega itu rupa-rupanya tidak bertahan lama, selepas peluang mendapat bantuan sebanyak RM500 terlepas, nama mereka tercicir lagi untuk mendapat RM150 bantuan banjir peringkat kedua. Sekarang barulah mereka sedar kalau bukan penyokong 'parti itu', usah harap hendak dapatkan bantuan kerajaan Pusat. Malah lebih malang lagi apabila Penyelia DUN Manek Urai, Ustaz Zamzuri Mat Lazim mendakwa ada penyokong parti tertentu mendapat dua kali habuan banjir iaitu RM500 dan RM150. Berdasarkan kepada semakan dibuat kita dapati ada penduduk yang mendapat dua kali bantuan tersebut. Ini cukup malang sekali sekali kerana berlaku penyelewengan wang rakyat bagi kepentingan segelintir kelompok tertentu, katanya di sini. Sebelum ini kerajaan Persekutuan menyediakan sebanyak RM2 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir sebagai bantuan peringkat pertama. Seramai 3,335 penduduk menerima sebanyak RM500 setiap keluarga. Tidak lama kemudian peruntukan kedua sebanyak RM3.2 juta dilulus lagi bagi disalur sebanyak RM150 kepada 21,000 keluarga. Malah, Pengarah Bahagian Keselamatan Negara Kelantan, Wan Abdullah Wan Daud dipetik sebagai berkata, bantuan tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap rakyat negeri ini tanpa mengambil kira fahaman politik. Akhir tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan mangsa banjir akan diberi sebanyak RM500 setiap seorang daripada Tabung Bantuan Bencana Negara. Zamzuri juga mendedahkan ada penduduk yang tidak terbabit dengan banjir turut mendapat bantuan tersebut kerana mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin parti terbabit. Menurutnya, ramai penyokong parti tertentu di Kampung Manek Urai dicicirkan nama mendapatkan bantuan tersebut, biar pun mereka mengalami banyak kerosakan harta benda akibat banjir akhir tahun lalu. Seorang penduduk memberitahu ada mangsa banjir yang mendapat bantuan RM150 selepas terpaksa berulang alik beberapa kali ke rumah Penyelia Pembangunan Mukim. Katanya juga, borang bagi mendapatkan bantuan itu diagih secara senyap-senyap hanya di kalangan penyokong parti terbabit sahaja. Ada juga penduduk yang tinggal di atas bukit turut mendapat bantuan banjir. Keadaan itu berlaku kerana mereka adalah penyokong kuat parti berkenaan, katanya. Penyelia DUN Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapa turut mengakui ramai penduduk yang sepatutnya mendapat bantuan banjir di kawasan berkenaan tidak memperolehinya kerana nama mereka dicicirkan di saat-saat akhir. Beliau juga mendedahkan ada penduduk yang tidak terbabit dengan banjir pun turut mendapat bantuan daripada peruntukan kerajaan Persekutuan. Keadaan ini sungguh malang sekali kerana duit rakyat digunakan sewenang-wenangnya bagi kepentingan politik dan bukan di atas konsep keadilan, ujarnya. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1650 --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
