KOTA BHARU, 19 Julai: Pasaraya Besar Bilal Sdn Bhd (Bilal) yang sedang meraikan ulang tahun kedua penubuhannya, kini menyediakan ganjaran hadiah bernilai RM188,000 untuk terus kekal sebagai pasar raya yang giat dalam program kemasyarakatan, khususnya membantu golongan daif.
Sepanjang tempoh penubuhannya Bilal bukan saja memberi tumpuan untuk mengadakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, tetapi turut menyediakan banyak peluang kerja kepada anak tempatan. Pengarah Eksekutifnya, Chuah Lim Poh Khian, berkata selain turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, Bilal diasaskan dengan konsep ekonomi dan kebajikan. Beliau berkata, kesungguhan Bilal membantu masyarakat menyerlah apabila 1,100 keluarga di Kampung Baung, Pengkalan Chepa; Kampung Bawah Lembah Pasir Tumboh dan Kampung Sabak ditenggelami banjir pada hujung tahun lalu. "Bilal bertindak segera sebaik menyedari kesulitan yang menimpa penduduk terbabit dengan menyalurkan bantuan barangan makanan termasuk beras, gula, ikan sardin, biskut, susu, serbuk kopi dan teh. "Selain itu, kebajikan anak yatim juga tidak diabaikan apabila 100 anak yatim daripada Pondok Darul Hanan, Tumpat dipilih menerima sumbangan peralatan sekolah, termasuk pakaian, kasut dan beg, akhir tahun lalu. "Sepanjang tempoh itu juga, kita tidak pernah berhenti daripada menganjurkan pelbagai program dan peraduan sebagai ganjaran kepada pelanggan setia kami," katanya. Beliau berkata, menerusi ganjaran besar bernilai RM188,000 kali ini ia menawarkan hadiah termasuk motosikal Demak Conquer I, lima set Home Theater, sepuluh buah mesin basuh dan 100 dapur masak. "Pelanggan berpeluang merebut ganjaran hebat ini menerusi peraduan Tiket Impian Bonanza yang turut menawarkan baucar tunai bernilai RM16,000 setiap minggu sepanjang tempoh peraduan 15 Julai hingga 30 September," katanya. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1652 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
