KOTA BAHARU, 21 Julai - Kelantan merancang mewujudkan dua pusat halal di negeri ini sebagai persediaan menyertai peluang pasaran dan perdagangan produk dan perkhidmatan halal yang bernilai lebih RM7.98 trilion setahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa Kelantan Dr Nik Mazian Nik Mohamed berkata pusat berkenaan akan diwujudkan di Rantau Panjang dan Tok Bali, Pasir Puteh. Dr Nik Mazian berkata kedua-dua pusat yang akan dijadikan pusat pengumpulan terutamanya produk makanan halal untuk tujuan eksport itu dijangka dapat direalisasikan selewat-lewatnya menjelang tahun depan. "Kita ingin terlibat dengan lebih serius dalam perdagangan produk halal di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari Khamis. Menurut beliau, penubuhan pusat berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memacu golongan petani, peladang, penternak dan nelayan menyertai pasaran global produk makanan halal dunia yang berjumlah RM570 bilion setahun. Selain itu, katanya kerajaan juga akan mewujudkan pusat pengumpulan barangan eksport dan import di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, Tumpat. "Kita cuba mengeksploitasi kedudukan Kelantan yang hampir dengan sempadan, yang strategik untuk dijadikan pusat pengumpulan barangan perdagangan yang diimport ke negara ini," katanya. Terdahulu, Dr Nik Mazian berkata sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamamd Ke-IV dan Padang Perdana, di sini bermula 4 Ogos ini. Pameran selama tujuh hari itu bertujuan mempromosikan hasil pengeluaran pertanian termasuk makanan, hasil industri desa Industri kecil dan Sederhana (IKS) dan agro pelancongan. Antara acara kemuncak sambutan itu ialah penyampaian Anugerah Peladang Jaya, Anugerah Nelayan Jaya, Usahawan IKS Jaya dan Anugerah Penternak Jaya. Seramai 2,000 petani, peladang dan nelayan akan menyertai pameran itu.//Bernama http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1673 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
