KOTA BHARU, 22 Julai: Kelantan kini menjadi negeri kedua terbesar di negara ini 
sebagai pengeluar sarang burung layang-layang iaitu selepas Perak bagi pasaran 
tempatan dan antarabangsa.

Sehingga sekarang terdapat kira-kira 300 rumah burung layang-layang yang mampu 
merancak lagi penjanaan ekonomi negeri.

Anggota Jawatankuasa Persatuan Pedagang Sarang Burung Kelantan, Ng Ching Phock 
berkata, perusahaan sarang burung layang-layang kini menjadi industri baru yang 
berperanan menjana ekonomi Kelantan.

Katanya, industri tersebut membuka ruang perkerjaan kepada rakyat khususnya 
kerja-kerja penyelenggaraan rumah burung layang-layang.

Nespure Birdnests menjalankan aktiviti mengumpul, membersih dan mengasingkan 
benda asing dalam sarang burung layang-layang dengan kaedah tradisional dan 
semuanya perkerjanya orang Islam.

Produk tersebut berkhasiat tinggi antaranya melancarkan fungsi paru-paru, 
mengembalikan tenaga selepas demam dan menghilangkan kelesuan. Ching Phock yang 
juga Pengarah Urusan Nespure berkata, galeri seumpama itu adalah yang pertama 
di pantai timur.

“Sarang burung layang-layang tempatan adalah antara paling berkualiti dan 
mendapat pasaran baik di peringkat antarabangsa. Ia dieksport secara mentah 
atau selepas dibersihkan,” katanya di majlis perasmian kedai Nespure Birdnest 
Sdn Bhd di sini, hari ini.

Perasmiannya disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon. 
Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Annuar Tan Abdullah dan 
pemimpin-pemimpin Gerakan Kelantan dan Pusat.

Katanya, Nespure Birdnests memproses sarang burung layang-layang kepada dua 
kategori iaitu dipek untuk dijadikan hadiah hari jadi dan bentuk makanan 
pelbagai cita rasa.

Koh Tsu Koon semasa berucap merasmikan galeri tersebut berkata, 10 tahun 
kebelakangan ini industri burung layang-layang berkembang pesat di Malaysia.

“Permintaan yang tinggi dari luar negara khususnya dari negara China menjadikan 
sarang burung layang-layang satu industri baru yang boleh diterokai dan 
memberikan keuntungan tinggi.

“Ia bukan industri satu kaum sahaja kerana semua orang boleh mengusahakannya. 
Malah, kerajaan tidak pernah menghalang perkembangan industri ini, namum garis 
panduan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dipatuhi,” katanya.

Beliau juga berkata, kerjasama antara kerajaan dengan pengusaha sarang burung 
layang-layang perlu dilakukan supaya tidak timbul masalah pada masa akan datang.

Menurutnya, persatuan pengusaha sarang burung layang-layang digalak mengadakan 
dialog bagi mengatasi sebarang permasalahan yang timbul. Sementara itu, dalam 
perkembangan lain, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau sudah hampir 
18 tahun tidak bertemu dengan Annuar Tan yang kini menjadi pemimpin penting di 
Kelantan.

“Walaupun kini kami berlainan kem, namum saya gembira dan bangga dengan Dato’ 
Anuar Tan sekarang, pada saya walau pun berada di mana, kami tetap bersaudara” 
katanya.

Beliau bersama Annuar Tan pernah menjadi pemimpin utama Pergerakan Pemuda 
Gerakan. Ditanyai pemberita selepas itu, Koh Tsu Koon berkata, cadangan untuk 
bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Gerakan belum lagi muktamad dan 
proses perundingan masih berlangsung.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Gerakan menafikan kedatangan ke Kelantan 
kali ini untuk berkempen bagi mendapat sokongan bertanding jawatan timbalan 
presiden. //Sumber Hrkh

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1681



                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke