KOTA BHARU 23 Julai: Kerajaan Kelantan pimpinan Pas akan mengisytiharkan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam pada 1 Oktober ini iaitu beberapa hari sebelum menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan berkata, Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra berkenan untuk menyempurnakan pengisytiharan tersebut di Stadium Sultan Muhamad Keempat. Katanya, sebagai memeriahkan pengisytiharan itu, beberapa program tertentu termasuk acara keagamaan akan diadakan dua minggu lebih awal. "Antaranya, program gotong royong perdana melibatkan semua penduduk bersama pegawai kerajaan bagi membersihkan bandar akan diadakan. Pada hari itu, bermula dari pukul 8 pagi sampai 1 tengah hari kenderaan tidak dibenarkan masuk ke bandar Kota Bharu. ``Selain itu, pameran tamadun Islam, pameran sejarah Kota Bharu di Muzium negeri, perasmian Medan Ilmu di Jalan Dato' Parti dan sebagainya juga diadakan sebelum hari perisytiharan itu,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Muafakat Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bersama rakyat kawasan Parlimen Kota Bharu di Kampung Paya Senang di sini, hari ini. Hadir sama ,Yang Dipertua MPKB, Abdul Aziz Abdul Rahman dan beberapa orang pegawai kanan MPKB. Takiyuddin yang juga Exco kerajaan negeri berkata, perisytiharan itu bukanlah kerana MPKB mencapai taraf `bandar raya' yang sebenar tetapi suatu pemakaian slogan seperti juga Melaka yang diberi gelaran Bandar Raya Bersejarah. Katanya, selepas pengisytiharan secara rasmi oleh Sultan itu nanti, MPKB akan dikenali sebagai Bandar Raya Islam. ``Insya Allah 1 Oktober ini, pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam akan disempurnakan oleh Sultan Kelantan,'' tambahnya. Pada 20 Februari lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan upacara pelancaran MPKB Bandar Raya Islam. Sehubugan itu beliau menyeru seluruh warga MPKB supaya menjaga kebersihan selaras dengan bandar raya Islam yang mementingkan kebersihan. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1684 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
