KOTA BHARU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan akan membina kilang lada
puri bernilai RM1.5 juta di Bukit Awang, Pasir Puteh bagi mengurangkan
kerosakan cili merah yang dikeluarkan petani.
Pengarah LPP, Kamalrul Badri Mat Ali, berkata kilang itu dijangka siap akhir
tahun ini untuk memproses lada merah segar dari ladang supaya tahan lama dan
bermutu tinggi sebelum dibekalkan kepada pembeli kontrak, Nestle (M) Berhad.
Katanya, kilang itu adalah usaha jangka panjang LPP menerusi Pertubuhan
Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang dalam usaha meningkatkan pendapatan petani,
sekali gus menjadikan Kelantan pengeluar utama cili merah.
Perancangan LPP negeri tahun depan ialah menumpukan kepada tanaman lada merah
di PPK Bukit Awang seperti menambah jumlah kawasan dan kuota tanaman kepada
petani.
Kita akan membina kilang yang memproses lada merah segar untuk menjamin mutu
dan jangka hayatnya, katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PPK Pengkalan
Chepa, Panji, semalam.
Seramai 351 ahli PPK Bukit Awang terbabit secara aktif dalam projek tanaman
lada merah di kawasan seluas 68.5 hektar dengan pengeluaran antara 250 hingga
300 tan semusim.
Projek tanaman yang dimulakan pada 1994 di Kampung Gong Kulim, dekat Pasir
Puteh dengan empat petani, mendapat perhatian pengeluar sos lada terbesar
negara, Nestle, yang menjadi pembeli kontrak.
Dengan kilang ini, Nestle tidak kerugian kerana petani dan PPK dapat menambah
pendapatan menerusi penjualan lada merah bermutu dan tahan lama, katanya.
Mengenai prestasi PPK kendaliannya, beliau berkata, berdasarkan laporan audit
22 PPK di seluruh Kelantan mencatatkan prestasi yang membanggakan terutama dari
segi perniagaan, pembabitan ahli dalam projek dianjurkan, penambahan saham dan
pelaksanaan projek sosial.//Bha 2 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/