KOTA BHARU: Hasrat seorang anggota tentera yang beristerikan wanita tua untuk
berkahwin dua menerima padah, apabila dia melecur separuh badan disimbah cuka
getah oleh isterinya selepas beberapa jam meluahkan hasrat itu, malam kelmarin.
Jurulatih taekwando, Lans Koperal Tuan Azman Tuan Ludin, 30, melecur seluruh
muka dan badan selepas disimbah asid ketika tidur atas buaian di rumahnya di
Kampung Legeh, Air Lanas, Jeli, kira-kira jam 11.30 malam.
Kejadian itu berpunca daripada perselisihan antara anggota tentera bertugas di
Kem Pengkalan Chepa itu dengan isterinya yang berusia 50-an, petang kelmarin.
Perselisihan faham berlaku dalam kereta ketika pasangan itu dalam perjalanan ke
Tanah Merah untuk bertemu bakal isteri mangsa selepas diminta berbuat demikian
oleh isterinya.
Tuan Azman berkata, hasrat mempertemukan isterinya dengan bakal madu itu tidak
menjadi kenyataan apabila mereka bergaduh dalam perjalanan itu menyebabkan dia
memukul isterinya sebelum mereka berpatah balik ke rumah.
"Berikutan pergaduhan itu, malam tadi, selepas balik daripada mengambil anak
kami yang berusia 10 tahun dari kelas tuisyen, saya tidak masuk bilik tidur,
sebaliknya tidur atas buaian di ruang tamu rumah.
"Kira-kira jam 11.30 malam, tiba-tiba saya terkejut apabila muka dan badan
seolah-olah terkena air panas. Saya terus turun dari buaian dan keluar dari
rumah, meminta tolong akibat terlalu sakit dan panas," katanya yang mengalami
kesukaran untuk bercakap berikutan kecederaan muka dan mata.
Tuan Azman berkata, sebelum ini beliau pernah menyuarakan hasrat untuk
berkahwin lain tetapi isterinya yang berasal dari negara jiran itu, meminta
mereka berbincang.
Tuan Azman mempunyai seorang anak hasil hasil perkongsian hidup dengan
isterinya itu sejak lebih 10 tahun lalu.
Sementara itu, ibunya, Siti Ramlah Awang Isa, 50, berkata beliau yang tinggal
bersebelahan rumah anaknya itu, bergegas keluar sebaik mendengar jeritan mangsa.
"Ketika itu, anak saya berada di halaman rumah tanpa berbaju dan kulit badannya
kelihatan hitam dan melecur. Seorang sepupu membantu menghantarnya ke Klinik
Air Lanas, sebelum dihantar ke Hospital Jeli dan HKB, katanya.
"Saya tidak tahu dia mahu kahwin lain kerana tidak pernah memberitahu masalah
rumah tangganya kepada kami. Jika tahu, tentu saya akan menasihatinya.
"Walaupun menantu saya pernah berkahwin dan mempunyai sembilan anak daripada
perkahwinan terdahulu, saya tetap menerimanya, tak sangka dia tergamak buat
begini," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Polis Jeli, Deputi Superintendan
Mohd Hanifah Abdul Malek, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu
daripada bapa saudara mangsa, Awang Awang Isa, kira-kira jam 9 pagi semalam.
Katanya, isteri mangsa yang berusia 50-an itu sudah ditahan kira-kira jam 1
petang untuk untuk membantu siasatan.//Bha 2 Ogos
---------------------------------
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/