KOTA BHARU: Lebih 200 tikus mati selepas memakan umpan yang dicampurkan racun 
di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, dalam gerakan membanteras haiwan perosak 
itu. 

Pengurus Depot Rentokill Initial, Kua Joo Siong, berkata pada minggu lalu 
pihaknya memasang 200 perangkap makanan di sekitar bangunan pasar terbabit.

Menurutnya, umpan makanan beracun yang diletakkan di dalam lubang yang dibuat 
khas atau dalam lubang longkang itu menarik perhatian tikus.

“Setiap perangkap mampu membunuh satu keluarga tikus dalam setiap lubang yang 
diisi sejenis makanan bercampur racun dan dijangka boleh menghapuskan antara 
2,000 hingga 3,000 tikus sebulan.

“Kami akan menggunakan teknik ini bagi tempoh enam bulan dan sepasukan petugas 
akan kembali mengutip bangkai tikus yang ditemui sekitar pasar ini setiap 
hari,” katanya.

Kua berkata, dalam tinjauan yang dilakukan dua pegawai teknikal di Pasar Besar 
Siti Khadijah semalam, mendapati kira-kira 200 tikus spesies Norway mati.

Katanya, dia percaya jumlah tikus yang mati sebenarnya lebih banyak daripada 
yang diperolehi kerana kebanyakan tikus itu mati di tempat yang tersembunyi.

“Selain mengutip bangkai tikus, kami juga menambahkan jumlah umpan beracun di 
situ bagi membanteras terus pembiakan tikus di kawasan berkenaan.

“Kami berharap racun yang diletakkan itu akan dimakan oleh tikus secepat 
mungkin supaya segera mereka dihapuskan,” katanya. 

Sebelum ini, tikus spesies Norway yang boleh mencapai saiz sebesar anak kucing 
dipercayai mengakibatkan kerugian kira-kira RM200,000 kepada sebahagian besar 
peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah apabila bertindak merosakkan pelbagai 
hasil jualan yang disimpan.

Spesies tikus berwarna perang itu juga dipercayai menjadikan pasar berusia 
hampir 20 tahun terbabit sebagai sarang serta tempatnya mencari makanan. 

Selain itu, kebanyakan tikus yang terdapat di sekitar bandar juga dipercayai 
menjadikan kawasan pasar itu sebagai tempat pembiakan termasuk di dalam lubang 
longkang. //HM




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke