KOTA BHARU: Seorang pemain rebana ubi maut, manakala rakannya cedera parah 
dihempap besi replika Menara Berkembar Petronas yang tumbang ketika ribut, 
sebelum majlis perasmian Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2005 peringkat 
kebangsaan di sini, petang semalam. 

Mohd Asri Md Salleh, 20, dari Kampung Pak Simpul Bachok, meninggal dunia 
kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Kota Bharu (HKB), akibat cedera teruk di 
kepala, badan dan kaki. 

Rakannya, Mohd Bazlan Md Asri, 15, cedera parah di kepala dan menerima 10 
jahitan tetapi dalam keadaan stabil. 

Kedua-duanya dihempap replika setinggi 10 meter itu, yang tumbang akibat angin 
kencang di tapak perasmian di Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh kira-kira jam 2 
petang. 

Kejadian itu menyebabkan pengunjung bertempiaran menyelamatkan diri. Dua mangsa 
dikejarkan dengan ambulans yang ditempatkan di tapak perasmian ke HKB untuk 
rawatan kecemasan. 

Bapa Bazlan yang juga Ketua Kumpulan Rebana Ubi Kampung Pak Simpul, Md Asri 
Yasud, 40, berkata ketika kejadian, 12 ahli pasukannya sedang bersedia membuat 
persembahan meraikan ketibaan Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh 
Fadzir, untuk merasmikan majlis itu. 

“Ketika itu angin kencang, tiba-tiba replika menara kembar itu yang dipasang 
berhampiran pentas utama di padang sekolah itu tumbang. 

“Anak saya dan Asri yang duduk kira-kira dua meter dari replika itu dihempap 
besi berkenaan menyebabkan mereka cedera parah di kepala dan badan,” katanya 
ketika ditemui di hospital di sini, semalam. 

Md Asri berkata, selepas menghantar kedua-duanya ke hospital, beliau meminta 
ahli kumpulannya yang lain meneruskan persembahan di majlis berkenaan bersama 
tiga kumpulan lain. 

“Bagi saya, kecuaian penganjur menyebabkan replika itu tumbang. Mungkin 
kontraktor yang memasang replika itu tidak menyedari keupayaan tapak replika 
menampung ketinggiannya,” katanya. 

Ibu Mohd Asri, Zawiyah Ismail, 47, berkata dia tidak menyangka anaknya cedera 
parah akibat kejadian itu kerana ketika menerima maklumat kemalangan itu, dia 
hanya dimaklumkan Mohd Asri cedera di kepala. 

“Saya sangka dia hanya cedera ringan kerana diberitahu cedera di kepala. Bila 
datang tengok, rupa-rupanya dia parah dan meninggal dunia,” katanya sambil 
menangis.//Bha 3 Ogos


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke