KOTA BHARU, 10 Ogos – Mangsa yang ditimpa besi replika ‘menara berkembar’
Petronas sempena Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2005 peringkat
kebangsaan di Ketereh, baru-baru ini akan menerima sumbangan kerajaan negeri
tidak lama lagi.
Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini melulus peruntukan sejumlah RM6,000
untuk disumbangkan dua mangsa kejadian terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan
Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, sebanyak RM5,000 akan diberi
kepada keluarga Allahyarham Mohd Asri Md Salleh, 20, manakala Mohd Bazlan Md
Asri, 15 (RM1,000).
Menurutnya biarpun kerajaan negeri tidak bertanggugjawab terhadap kemalangan
itu, namun atas sifat kemanusiaan, sumbangan berkenaan tetap diberikan bagi
meringankan bebanan keluarga mangsa.
"Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang adalah anjuran Kementerian Penerangan,
namun pemberian ini adalah atas dasar ihsan kita kepada kedua-dua orang
mangsa," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap kementerian terbabit lebih bertanggungjawab
terhadap mangsa dan keluarga mereka berikutan kejadian malang yang berlaku itu.
Katanya, kementerian terbabit perlu lebih berhati-hati supaya insiden serupa
tidak akan berulang lagi.
"Aspek keselamatan hendaklah diambil kira, terutama kedudukan tapak replika itu
di tempat laluan orang ramai, sekiranya replika tersebut tidak dibuat secara
konkrit masalah serupa akan berlaku lagi pada masa depan," ujarnya.
Pada 2 Ogos lalu, Mohd Asri meninggal dunia di Hospital Kota Bharu (HKB),
akibat cedera teruk di kepala, badan dan kaki, manakala Mohd Bazlan cedera
parah di kepala akibat dihempap replika setinggi 10 meter yang tumbang
disebabkan ribut.
Kejadian itu berlaku di tapak perasmian program kembara merdeka di Sekolah
Kebangsaan Sri Ketereh, kira-kira jam 2 petang. Mangsa yang dirawat di hospital
turut dilawati Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dua
anggota Exco, Husam dan Ustaz Hassan Mohamood.//hrkh
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/