KOTA BHARU, 10 Ogos - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) kini 
mempergiatkan kempen memakan buah-buahan tempatan kepada penduduk di negeri ini 
terutamanya golongan remaja. 

Timbalan Pengarahnya, Fauzi Mohammad berkata, langkah berkenaan diadakan 
bertujuan menarik minat golongan muda khususnya pelajar supaya lebih meminati 
buah-buahan tempatan. 
Katanya, sebelum ini pihaknya dengan kerjasama Petronas mengadakan kempen 
berkenaan di salah sebuah sekolah di negeri ini dan ia mendapat sambutan 
menggalakkan. 
"Kita juga bercadang mengadakan kempen yang serupa secara besar-besaran pada 
bulan depan di satu tempat yang akan ditentukan kelak," ujarnya kepada 
pemberita di program kempen makan durian di tapak sambutan Hari Peladang, 
Penternak dan Nelayan Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-1V, di 
sini semalam. 
Sempena majlis itu orang ramai yang mengunjungi tapak pesta berkenaan 
berpeluang menikmati raja buah tersebut secara percuma yang disediakan Fama. 
Fauzi berkata, sambutan hangat orang ramai terhadap pesta tersebut membuktikan 
kepada umum penduduk Kelantan masih gemar menikmati buah-buahan tempatan 
termasuk durian. 
"Sebelum ini kita diberitahu orang Kelantan dah tak gemar makan buah lagi, 
terutamanya durian kerana terlalu banyak di pasaran sekarang," ujarnya. 
Tambahnya, biarpun sekarang musim buah-buahan berlambak di beberapa negeri, 
namun masyarakat Kelantan masih gemar menikmatinya. 
Beliau juga berkata, sambutan Hari Peladang yang julung kali diadakan di negeri 
ini begitu menggalakkan, di mana purata kunjungan sehari mencecah 
sekurang-kurangnya 2,000 orang.//hrkh 



                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke