KOTA BHARU, 11 Ogos : Kelantan dijangka menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara 
Kasar (KDNK) sebanyak RM3 Bilion bagi pengeluaran makanan negara pada tahun 
2015 berbanding RM880 juta sekarang. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamad 
berkata, pada tahun tersebut negeri ini dijangka dapat membekalkan 35 peratus 
pengeluaran beras negara.

“Kelantan mensasarkan menjadi negeri Jelapang Makanan Negara menjelang tahun 
2015 melalui perancangan strategik bagi tempoh 10 tahun akan datang,” katanya 
ketika merasmi penutup sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat 
Negeri di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV di sini, petang ini.

Menurutnya, tujuh teras menjadi tumpuan ke arah transformasi pertanian bagi 
manfaat golongan petani, penternak dan nelayan di negeri ini sudah dirangka.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri melalui agensi pertanian akan memohon 
peruntukan lebih besar dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan bagi memesatkan 
lagi pembangunan sektor pertanian di negeri ini. 

Pada majlis itu juga pemenang pertandingan yang diadakan sempena sambutan Hari 
Peladang, Penternak dan Nelayan menerima hadiah yang disampaikan Dr Nik Mazian. 
Turut hadir anggota-anggota Exco, Haji Zulkifli Mamat, Ustaz Hassan Mohamood 
dan Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Dato’ Othman Ngah.//

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1843




                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke