KOTA BHARU: Sekumpulan kira-kira 20 gajah liar dikesan memusnahkan dusun milik
penduduk beberapa kampung sekitar daerah Jeli dan Gua Musang dalam beberapa
kejadian sejak seminggu lalu.
Antara kawasan sasaran pencerobohan gajah itu termasuklah Kampung Seberang
Jeli, Jeliar, Air Bol dan Sungai Long di Jeli yang menyebabkan
sekurang-kurangnya 100 pohon durian ditumbangkan.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, tanaman penduduk Kampung Limau Kasturi dekat
Gua Musang, turut dimusnahkan lebih 10 ekor gajah yang menceroboh kawasan itu.
Ancaman gajah itu menimbulkan kemarahan penduduk kampung yang kini mengancam
akan bertindak menembak haiwan jika haiwan liar itu terus memusnahkan dusun dan
tanaman mereka.
Serangan gajah itu menyebabkan ada penduduk kerugian sehingga RM10,000 seorang
apabila kawasan dusun seluas kira-kira 1.2 hektar yang diusahakan habis musnah.
Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) Wan Azali Wan Alwi, berkata pihaknya menyedari serangan gajah
terbabit.
"Penduduk tidak perlu bimbang kerana Renjer Perhilitan sedang mengawasi
pergerakan kumpulan gajah terbabit bagi memastikan ia tidak mengancam
keselamatan penduduk dan terus memusnahkan dusun mereka.
"Penduduk kampung dinasihatkan tidak bertindak sendirian menghalau gajah
berkenaan atau mencederakan haiwan terbabit kerana ia boleh menimbulkan
kesukaran mengawalnya," katanya di sini, semalam.//Bha 12 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/