Oleh :Pakcu 11 Ogos
 
Baru ni sewaktu Pakcu lalu dekat kedai makan berhampiran pejabat Pas Kota 
Bharu, terdengar sayup-sayup orang dok cara perihal balak. Cerita balak ni tak 
habis-habis dari dulu sampai la ni. Mungkin dalam kubur nanti hal balak ni 
timbul juga?

Dalam perbualan itu tubik cerita berebut balak di antara orang tertentu di 
Kelantan. Paling mengejutkan Pakcu ada terdengar tuduhan liar kepada 
orang-orang tertentu dalam kerajaan Kelantan, kononya bersubahat sama makan 
balak. Meluluskan balak kepada kroni? Kroni tu menatang apa wei....? Senangnya 
anak beranak, atau sain sobatlah. 

Pakcu mulanya tidak berminat nak dengar omelan itu. Mahu berlalu cepat ke bucu 
merket nak beli tembakau Jawa. Sebab bekalan sudah lama habis. Tapi bila 
terdengar omelan itu makin lama makin asyik pula, Pakcu jadi terhenti langkah 
dan singgah duduk tepi kedai itu tanpa membuat apa-apa order. (kecek orang 
putih sikit) 

“Habis dah hak molek la ni, semua jadi macam koleh. Tak leh kata mu aku dah 
serupa sahaja,” begitulah salah satu suara terlontar dari sebuah meja dan masuk 
ke dalam telinga Pakcu. “Kita ingat dia molek, rupanya dua kali lima sahaja,” 
sambungnya lagi penuh prejudis dan mencemuh. Sambil tangan kanannya 
bergedik-gedik memalu birai meja -- bergendang.

Pakcu lebarkan telinga nak dengar biar cerat gapa butir tuturnya. “Sapa wei...” 
soal salah seorang yang duduk di hadapannya. Dua tiga yang lain nampaknya 
terngangga juga nak tahu cerita sebenarnya. Semuanya nampak berminat. Mungkin 
ini modal baru? 

“La ni kalau demo nak dapat balak, tak sah dok angan-anganlah, kena baik dengan 
mana-mana Exco baru boleh...,”sambung lagi. Dia sengaja melambung kata-kata itu 
agar menarik perhatian semua yang ada. 

“Dok eh... cerita molek sikit gapa dia?” desak satu suara semacam kurang senang 
dengan orang tu. ”Biar kita semua pakat dengar”. ..sambungnya. 

“Kalau demo minta balak, tapi tak ada orang dalam, jangan harap demo akan 
dapat. Dia bagi sesama dia jah, kita ni jawabnya melomponglah jawabnya,” orang 
itu mengulangi cakapnya cuba menjelaskan maksudnya tadi. Yang lain Pakcu nampak 
tidak berapa puas hati dengan penjelasan itu. Cara dia mengeluarkan kata-kata 
itu memedihkan telinga saja. 

“Sapa dia demo maksudkan, jangan dok kecek tergantung gat sama kita ni, royak 
biar terang!” ulang orang hak bersuara tadi. Dia sudah nampak merah muka. 
Suaranya juga sudah mula tinggi. Pakcu nampak telingannya juga sudah bergendik.

“Serupa belaka, semua makan...! Tak sah keceklah,” katanya masih juga macam 
tadi. Malah semakin menyinis dan menghiris.

“Dok eh... sapa dia. Demo jangan kecek dalam gelap gini, orang tak faham. Demo 
sebut Exco mana atau wakil rakyat mana. Setahu kawan hak main balak demo!” 
orang tu tadi tidak dapat menahan marah. Darah masing-masing sudah naik.

Nampaknya di antra kedua bertentangan. Yang seorang menafikan dakwaan yang itu, 
dan yang itu pula cuba menyinis terus. Yang seorang itu Pakcu rasa orang yang 
menjadi mata telinga kerajaan dan yang seorang itu pula broker balak. Yang 
mencari kepentingan dalam kerajaan. 

Bila lama Pakcu rasa tak ada kesudahan asyik sindir menyindir Pakcu pun 
berlalu. Lagipun suhu sudah panas. Sebelum jadi apa-apa baik Pakcu berlalu 
memenuhi hajat. Sambil berjalan Pakcu berfikir sendiri. Terkenang-kenang kepada 
perbualan itu. Tapi Pakcu tak nak tuduh sapa-sapa salah dan sapa-sapa benar. 

Mungkin ada juga betul kata yang cakap menyinis itu, mungkin ada berlaku 
pembahagian balak di kalangan kroni. Bagaimana pun orang itu tidak boleh cakap 
lepas begitu, dia kena bukti dan tunjukkan segala macam tanda-tandanya. Tuduh 
memang sedap dan mudah, buka mulut, gerakkan lidah maka akan bunyilah suara 
(kalam) kita. 

Atau pun mungkin juga yang tuduh itu dengki kerana dia tidak dapat balak. Kalau 
dia dapat tentu dia senyap. Sebelum ini Pakcu bunyi kabar dah banyak balak dia 
dapat, tidak sibuk pun. Diam sahaja. Ba kali kali ini tidak boleh ke dia maka 
dia kecek jaja yang bukan-bukan segenap kedai kopi, dan kedai gunting untuk 
melepaskan perasaan.

Ba kali begitulah! Tak tahulah Pakcu kerja orang-orang muda la ni canggih dan 
cekap belaka. Kita orang tua ni dok kena tipu selalu. Kerana asyik dok fikir 
soal balak, terlupa Pakcu nak beli tembakau Jawa dan balik tangan kosong. Tak 
merokoklah Pakcu...., tak palah kerana merokok itu menghabiskan wang sahaja!


Tebang balak di Ulu Kelantan, 
Bawa mudik ke muka kuala;
Sama-sama jaga khazanh hutan,
Mudah-mudahan dapat pahala.


Salam hormat,
Grrreeennngggg.....

http://www.perakan.net/modules/soapbox/article.php?articleID=48

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke