JELI, 14 Ogos -- Sekumpulan gajah liar, dipercayai sebanyak 20 ekor, semakin
berleluasa memusnahkan tanaman penduduk di empat kampung di sini sejak Januari
lepas, menurut Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Ayer Lanas Shamsuddin
Ismail.
Beliau berkata kejadian terbaru, haiwan itu memusnahkan 20 pokok tanaman
penduduk di lereng bukit berhampiran Sungai Rual, kira-kira 10 kilometer dari
sini, malam semalam.
"Kumpulan gajah itu menumbangkan pokok-pokok dokong dan duku tanaman penduduk
untuk mendapatkan buah yang sedang masak sekarang ini," katanya kepada
pemberita.
Sebelum itu gajah berkenaan memusnahkan beratus-ratus pokok getah, kelapa sawit
dan pisang di kawasan seluas lima hektar di Kampung Pasir Dusun, Sungai Rual,
Berdang dan Jelia.
Katanya berikutan kejadian itu, kira-kira 200 penduduk di kawasan berkenaan
merasa takut untuk ke kebun masing-masing menoreh getah atau memetik
buah-buahan kerana percaya gajah-gajah itu masih berkeliaran.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamed, yang
juga anggota parlimen Jeli, ketika ditemui menegur Jabatan Perlindungan Hidupan
Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang gagal bertindak walaupun beliau telah
meminta mereka mengambil tindakan segera dalam pertemuan sebelum ini.
Akibat kegagalan itu, banyak tanaman penduduk musnah dan mereka mengalami
kerugian besar, katanya.//Bernama
---------------------------------
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/