KOTA BAHARU, 14 Ogos  -- Dua buruh lebam di muka dan berdarah hidung selepas 
diserang sekumpulan 15 penduduk kampung yang marah kerana jentolak yang mereka 
sewa diambil dua lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Ahmad Sofian Mohamed Yasin berkata kejadian 
itu berlaku di Ladang Limau Kasturi, Gua Musang, pukul 4.30 petang Sabtu.

"Dalam kejadian itu, tiga lelaki diarahkan majikan mereka di Mentakab, Pahang 
untuk mengambil dua jentolak milik majikannya di Ladang Limau Kasturi.

"Ketika tiga lelaki itu sedang mengalihkan dua jentolak berkenaan untuk 
dimasukkan ke dalam sebuah lori besar, tiba-tiba mereka didatangi sekumpulan 15 
penduduk kampung," katanya ketika dihubungi di sini hari Ahad.

Penduduk kampung itu dikatakan menghalang pergerakan tiga lelaki terbabit dan 
berlaku pertengkaran di antara mereka.

Katanya penduduk kampung berkenaan mendakwa dua jentolak itu mereka sewa 
daripada seorang pengurus syarikat.

Ahmad Sofian berkata tiga lelaki itu bagaimanapun menyatakan bahawa jentolak 
itu milik majikan mereka di Pahang dan dibawa ke ladang berkenaan untuk projek 
kayu getah.

Penduduk kampung yang tidak puas hati dengan penjelasan ke tiga-tiga lelaki itu 
lalu bertindak memukul mereka, katanya.

"Dua lelaki masing-masing berumur 38 dan 40 tahun mengalami lebam di muka dan 
cedera di hidung tetapi seorang lagi rakan mereka berjaya melarikan diri.

"Selepas menerima laporan, pihak polis menahan lima penduduk kampung yang 
disyaki terbabit dalam kejadian itu, semalam," katanya.//Bernama



                
---------------------------------
Yahoo! Mail
 Stay connected, organized, and protected. Take the tour

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke