Jerebu Di Kelantan Semakin Pulih


KOTA BAHARU, 15 Ogos - Jerebu di Kelantan semakin berkurangan hari Isnin 
berbanding Ahad.

Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Kelantan, Rohimi Harun, 
berkata stesen Pengkalan Chepa mencatat bacaan 55 pada Indeks Pencemaran Udara 
berbanding 71 Ahad manakala di Maktab Sultan Ismail di sini bacaan yang dicatat 
pukul 5 petang Isnin adalah 64, turun daripada 80 sebelumnya.

Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan oleh jabatan itu mendapati tiada 
pembakaran terbuka berlaku di seluruh negeri termasuk di Tumpat seperti yang 
dilaporkan media Isnin.

Sebuah akhbar tempatan hari Isnin melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat 
Malaysia mengesan 10 kebakaran hutan baru di Negeri Sembilan, Johor dan di 
Tumpat, Kelantan.//Bernama



perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
forward dari Kelantan_Kita

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Definisi Jerebu - Jerebu adalah 
partikulat-partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar, 
terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikulat-partikulat ini 
menyerap dan menyerakkan cahaya matahari sehingga mengurangkan jarak atau batas 
penglihatan.  
....................................................................................

Kelantan juga dilanda jerebu. 

Catatan ini pada mulanya tercatat di kepala semasa dalam perjalanan bot 
penambang Kg. Laut ke Kota Bharu pada pagi Sabtu 13 Ogos 2005.

Jam 10 pagi ketika tiba di pengkalan bot penambang Kg. laut , saya lihat Kota 
Bharu seakan hilang ditelan  asap atau kabus. Di permukaan air sungai Kelantan 
yang keruh juga kelihatan seperti berasap. Rupanya Jerebu yang datang dari jauh 
, melintasi selat dan gunung telah sampai di sini dan kemudiannya akan 
meneruskan perjalanannya ke arah laut Cina Selatan yang luas terbentang.

Jam 10.20 pagi. Bot bertolak dari pengkalan Kg. Laut ke Kota Bharu. Jerubu 
kelihatan semakin jelas. Cahaya matahari pagi seakan gagal membirukan langit 
dan matahari seakan disembunyikan oleh mendung. 

Kelihatan sedikit sebanyak, jerebu disokong oleh pembakaran terbuka di satu dua 
tempat. Jambatan yang menghubungkan Kota Bharu dan pasir pekan kelihatan begitu 
kabur dari tengah sungai Kelantan.

Sesampai di Kota Bharu, Kota Bharu baru bangun dari tidur paginya. Kerana hari 
ini adalah hari Sabtu, seperti selalunya agak banyak kenderaan yang lalu lalang 
di sini.
Asap dari kenderaan juga menambah pekatkan jerubu yang entah berapa bacaan pada 
index pencemaran udara (IPU) . Entah berapa banyak partikulat-partikulat yang 
telah tersedut dan bakal disedut dalam sehari ini.

Di Kota Bharu, mungkin indeknya masih rendah dan tidak kelihatan seorang pun 
yang memakai topeng keselamatan. Mungkin keadaan jerebu di sini masih belum 
sampai ke peringkat bahaya barangkali. 

Kota Bharu seperti sentiasa membangun , banyak juga bangunan-bangunan baru 
sedang dibangunkan. 

Beberapa bahagian daripada catatan ini telah hilang dari kepala kerana tidak 
terus mencatatnya.

Bagaimanapun petang tadi, semasa ingin turun,  di kaki langit  matahari 
kelihatan merah menyala, kemudian hilang di balik jerebu dan awan senja.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke