TUMPAT: Seorang warga tua yang terlantar sakit nyaris terperangkap dalam
kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah serta menyebabkan 50 penghuninya tinggal
sehelai sepinggang di sini, petang semalam.
Dalam kebakaran pada jam 5.15 petang, di Kampung Kubur Datuk dekat sini itu,
Mek Som Ali, 70, bernasib baik kerana anaknya, Sirajunisa Che Ibrahim, 45, tiba
di rumah mereka ketika api mula marak membakar sebahagian dinding.
Sirajunisa berkata, dia tidak menyangka asap tebal yang kelihatan dari jauh
ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari kilang tempat kerjanya itu,
berpunca daripada kebakaran rumah sendiri.
"Sebaik sampai, saya terkejut melihat api marak memusnahkan rumah. Saya
bergegas menyelamatkan emak yang terlantar sendirian dalam rumah dengan bantuan
kawannya, Asiah Merah.
"Kami kini tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan
sebarang harta benda kerana api marak dengan pantas," katanya ketika ditemui di
tempat kejadian di sini, semalam.
Tiga jentera pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat serta Pengkalan
Kubor dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam
5.22 petang.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Saipul Bahri Mohd
Noor, berkata kedudukan rumah papan yang dibina rapat di kawasan itu
menyebabkan api marak dengan pantas.
Kebakaran itu dikatakan berpunca dari sebuah rumah penduduk di kawasan
berkenaan yang ketika itu keluar bekerja.
Saipul berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadam
kebakaran kerana angin kencang daripada merebak kepada dua blok rumah
kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terletak berhampiran.//Bha
17 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/