Seorang wanita berusia 65 tahun di Nilam Puri, Kota Bharu, kerugian RM3,000 
apabila menyerahkan barang kemas kepada seorang wanita yang mengaku dari sebuah 
bank dan hendak menawarkan bantuan kepada orang miskin sebanyak RM10,000 pada 
27 Julai.
Sementara di Bachok, seorang lelaki berusia 63 tahun sanggup mengeluarkan wang 
simpanan sebanyak RM10,000 dari Tabung Haji untuk diserahkan kepada tiga lelaki 
yang kononnya hendak memulakan satu projek di atas sebidang tanah milik warga 
emas itu dengan sewa bulanan sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun, setelah menerima wang RM10,000 itu, ketika-tiga suspek terus 
menghilangkan diri, manakala mangsa yang kerugian dan `tinggal menggigit jari' 
hanya mampu membuat laporan polis, itupun selepas dua hari kejadian berlaku 
iaitu pada 26 Julai lalu.

Dalam kejadian lain juga di Kota Bharu, sepasang suami isteri kerugian sebanyak 
RM9,000 gara-gara terpedaya dengan pujuk rayu syarikat jualan langsung yang 
kononnya menjanjikan hadiah kereta kepada mereka yang bertuah melalui peraduan 
gores dan menang.

Begitulah tiga senario di mana orang awam menjadi mangsa pihak tertentu yang 
kononnya menawarkan bantuan, sebaliknya mengaut keuntungan di atas kealpaan dan 
`kerakusan' individu terbabit untuk mendapat habuan yang belum tahu duduk 
pangkalnya.

Berdasarkan rekod polis, sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun 2005, 
sebanyak sembilan kes penipuan membabitkan warga emas melibatkan kerugian 
kira-kira RM18,000 dicatatkan. Selain itu, terdapat tiga kes penipuan 
melibatkan sewa tanah membabitkan kerugian RM18,900.

Dilaporkan

Bilangan kes dan jumlah kerugian itu mungkin lebih tinggi jika diambil kira 
kes-kes cabutan bertuah serta gores dan menang yang dilaporkan kepada Bahagian 
Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 
Kelantan.

Ketika mengulas perkembangan tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial 
Kelantan, Supritendan Rezlan Abu Bakar, mengakui `sudah habis ikhtiar' untuk 
mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan taktik-taktik dan 
tipu daya pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan secara mudah itu.

Namun, ibarat menyiram air ke daun keladi, begitulah perkembangan yang berlaku 
apabila nasihat diberikan tidak diendahkan, sebaliknya kes-kes penipuan atau 
orang ditipu terus dilaporkan hampir saban hari.

``Saya pun tak tahu hendak buat apa lagi. Banyak nasihat sudah diberikan sama 
ada melalui media cetak mahupun elektronik, tetapi orang ramai masih lagi mudah 
percaya dan menjadi mangsa...,'' katanya yang kecewa dengan kejadian-kejadian 
tersebut.

Bukan setakat Rezlan sahaja yang memberikan nasihat, turut berbuat demikian 
ialah Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan 
Hal Ehwal Pengguna Kelantan, Wan Shuhaimi Wan Ibrahim yang meminta orang ramai 
supaya berhati-hati dengan tindakan syarikat jualan langsung yang dipercayai 
turut menjalankan kegiatan penipuan melalui pelbagai cara termasuk peraduan 
gores dan menang.

Mengambil kira faktor kejadian, maka kekecewaan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah 
Komersial Kelantan itu sememangnya ada asas. Ini kerana, dalam kesemua kes yang 
dilaporkan, mangsa begitu mudah mempercayai kata-kata manis yang dilontarkan 
oleh pihak tertentu, tanpa merujuk apa yang ditawarkan itu kepada pihak ketiga 
terlebih dahulu. 

Lebih mengecewakan apabila kebanyakan mangsa gagal mengambil identiti atau 
dokumen pengenalan pihak yang menawarkan bantuan tersebut, sebaliknya begitu 
mudah menyerahkan wang dan barang berharga mereka tanpa sebarang dokumen 
jual-beli, resit pembayaran dan sebagainya.

Akibatnya, kebanyakan laporan yang dibuat, gagal diselesaikan setakat ini 
disebabkan pihak polis dan kementerian terpaksa mengambil masa yang panjang 
bagi menjalankan penyiasatan satu-satu kes.

``Keadaan ini menyukarkan pihak kementerian untuk bertindak kerana maklumat 
(tentang kejadian) yang diberikan tidak lengkap,'' ujar Wan Shuhaimi mengulas 
kegagalan mangsa-mangsa mengemukakan butiran atau maklumat tentang suspek.

Maka dalam hal ini, semua pihak perlu berganding bahu bagi membanteras kegiatan 
penipuan walau dalam apa bentuk dan cara sekali pun. Orang ramai terutama 
masyarakat luar bandar juga perlu meningkatkan pengetahuan dan maklumat mereka 
bagi mengelak menjadi mangsa tipu.

Janganlah hanya melaporkan kepada pihak berkuasa setelah menjadi mangsa, tetapi 
terus membiarkan diri diperdaya.//UM 17 Ogos


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke