Kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik 
Mat sekali lagi mencipta kejutan. Kali ini dengan mengundang secara rasmi juara 
Akademi Fantasia musim ke 3 Mawi ataupun nama sebenarnya Asmawi Ani untuk hadir 
dan menjayakan Konsert Amal Tautan Kasih di Padang Perdana Kota Bharu pada 30 
September ini.

Pasti langkah Kelantan ini bakal mengundang pelbagai reaksi dan komen samada 
yang positif maupun negatif.

Menurut laporan yang dipetik dari laman web PERAKAN di http://www.perakan.net/ 
kerajaan negeri mengundang Mawi untuk menjayakan konsert tersebut tanpa 
mengenakan sebarang syarat kepada artis muda dan sedang meningkat naik tersebut.

Keberanian Kelantan mengundang Mawi ini ekoran komen positif yang diberikan 
oleh Tok Guru MB terhadap keperibadian artis tersebut. Tok Guru pernah dipetik 
sebagai berkata:

Dalam masa saya mencari-cari ini terjumpa Mawi. Berdasarkan kepada berita yang 
disiarkan media massa, Mawi bukan dari kelompok yang suka hanyut, dia tahu 
harga diri dan tahu agamanya.Dan dia tahu harga nilai murni. Mungkin diajar 
oleh keluarga dan agama dia. Maka saya jatuh hati hendak jemput beliau datang 
ke Kelantan.

Bermakna Tok Guru juga meminati artis seumpama Mawi ini. Dalam erti kata lain 
kriteria artis yang boleh diterima dari perspektif Islam adalah yang 
berperwatakan seperti Mawi. Kita tidak menafikan bahawa Mawi telah terpaksa 
mengikuti beberapa program dan acara yang tidak disenangi dari pandangan agama 
sepanjang menjayakan AF namun kita yakin ianya dilakukan oleh beliau dalam 
keadaan hati kecilnya tidak redha sebagaimana yang dianggap oleh Tok Guru.
Saya yakin tindakan Tok Guru ini dilakukan penuh dengan bacaan politik yang 
mendalam sebagaimana pernah diucapkan oleh Almarhum Dato Fadzil Nor semasa 
Muktamar PAS ke 47 pada tahun 2001 lalu:

Adapun dari sudut perkara-perkara yang boleh berubah mengikut peredaran zaman 
dan tamaddun maka ulamak harus menunjukkan bimbingan yang bijak atas perkara 
yang berubah ini (al mutaghayyirat). Kita tidak perlu syadid (keras) dan sempit 
dalam perkara yang tidak menuntut sikap yang sedemikian khasnya dalam suasana 
negara yang bermasyarakat majmuk dan dalam perhubungan praktik antara amalan 
budaya dan agama.

Sebagai MB, Tok Guru menyedari bahawa setiap gerak langkahnya sebagai ketua 
negeri merupakan gerak dakwah belaka. Saya yakin tindakan mengundang Mawi ini 
dilakukan Tok Guru demi kerana dakwah jua.

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam kitabnya Islam: Fikrah, Harakah dan Dakwah 
ada menulis:

Perlu diketahui, manusia yang didakwah itu berbagai-bagai peringkat, ada yang 
kuat dan ada yang lemah, ada yang jinak dan ada yang liar. Maka diantara 
kebijaksanaan seseorang pendakwah itu ialah tidak mebebankan mereka dengan 
perkara yang dirasakan menjadi kesulitan yang meliarkan. Hendaklah bersikap 
mudah dengan cara yang diizinkan agama.

Seluruh ahli, penyokong dan simpatis gerakan Islam seharusnya meraikan tindakan 
dan langkah keterbukaan kerajaan Kelantan ini, demi melebar-luaskan jaringan 
gerak kerja dakwah untuk menambat hati masyarakat dan rakyat kea rah Islam.

Jangan kita tercicir atau tertinggal dari arus kebangkitan ini. Allahuakbar. 
[EMAIL PROTECTED]

http://www.perakan.net/modules/wfsection/article.php?articleid=140


                
---------------------------------
Yahoo! Mail for Mobile
 Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke