KOTA BHARU, 17 Ogos : Keprihatinan kerajaan negeri bagi membantu golongan 
kurang upaya terbukti apabila tahun ini Persatuan Orang Pekak Kelantan menerima 
sumbangan lebih RM500,000 bagi menjalankan pelbagai aktiviti. 

Jumlah itu termasuk sebanyak RM10,000 yang diterima hari ini, di mana bantuan 
itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, 
Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa yang diterima presiden 
persatuan berkenaan, Razani Ramli. 

Husam berkata, sumbangan berkenaan merupakan susulan daripada geran tahunan 
yang diluluskan kerajaan negeri sebelum ini.

"Peruntukan tersebut adalah bantuan kepada persatuan orang kurang upaya kerana 
mereka tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya 
di sini.

Menurutnya juga, mana-mana orang kurang upaya yang tidak menerima bantuan 
Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh memohon mendapatkan peruntukan tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, kerajaan Kelantan akan menganjurkan 
pameran Tamadun Islam Nusantara dan Sejarah Kota Bharu bermula 28 September 
hingga 31 Disember depan bertempat di Muzium Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, 
Takiyuddin Hassan berkata, pameran tersebut diadakan sempena perisytiharan Kota 
Bharu sebagai Bandar Raya Islam pada 1 Oktober depan.

"Saya menjangkakan pameran ini bakal menjadi tumpuan pengunjung khususnya para 
ilmuan yang ingin mengetahui tentang sejarah Islam nusantara termasuk penubuhan 
Kota Bharu," ujarnya.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1902



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke