KUALA KRAI 21 Ogos - Parti Pas disifatkan semakin tertekan apabila sanggup
menjemput juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi untuk mengadakan
persembahan di Kelantan.
Selain Mawi, Pas juga dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan artis
terkenal tanah air, Siti Nurhaliza.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,
tindakan Pas itu adalah bukti jelas bahawa parti pembangkang tersebut hipokrit
dan tidak konsisten dalam perjuangan mereka.
``Pas tidak konsisten. Saya harap, orang ramai boleh menilai bahawa perjuangan
mereka boleh berubah-ubah. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan
sokongan,'' katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri
majlis bersama warga pendidik dan pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
peringkat Parlimen Kuala Krai di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini
hari ini.
Exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa sebelum ini memberitahu, Mawi telah
diundang untuk menjayakan Konsert Amal Tautan Kasih pada 30 September ini.//UM
---------------------------------
Do you Yahoo!?
Read only the mail you want - Yahoo! Mail SpamGuard.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/