BACHOK, 18 Ogos - Kerajaan Kelantan akan mengetuai delegasi perdagangan yang
disertai seramai 30 pengusaha tempatan ke negara China pada 9 hingga 17
September depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, dan Sumber Manusia, Haji
Zulkifli Mamat berkata, delegasi itu adalah antara usaha kerajaan negeri bagi
mencari pasaran produk yang dihasilkan rakyat negeri ini ke luar negara.
Kerana itu kita akan membawa pengusaha terbabit ke negara tersebut, ujarnya
ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Perdagangan dan Pembangunan Islam
Bachok 2005, di Kampung Badak, dekat sini hari ini.
Ekspo tersebut berlangsung selama empat hari bermula hari ini.Ia dianjur
kerajaan negeri bersama Majlis Perdagangan Islam Bachok. Pelbagai acara menarik
diadakan temasuk pertunjukkan seni silat, tarik tali muhibah, kesenian,
kebudayaan dan warisan Islam, deklamasi puisi, berzanji, pidato, nasyid dan
pentomen.
Zulkifli berkata, produk yang dihasilkan pengusaha-pengusaha makanan halal di
negeri ini wajar diperkenalkan ke China memandangkan negara itu mempunyai
bilangan penduduk muslim yang begitu ramai.
Umat Islam di sana amat memerlukan makanan halal dari sebuah negeri yang
ditadbir secara Islam seperti Kelantan. Sekiranya program ini berjaya pengusaha
dari negeri ini akan mendapat rakan kongsi baru bagi memasarkan produk keluaran
mereka, katanya.
Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan
sebanyak RM2.4 juta tahun ini dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan
Bumiputera yang berjaya. Peruntukan berkenaan mencakupi kursus-kursus
keusahawan dan bantuan modal kepada pengusaha.
Sehubungan itu, Exco berkenaan berharap pengusaha di negeri ini memperbanyakkan
produk halal ke arah menjadikan Kelantan sebagai pusat produk makanan halal
khususnya berasaskan pertanian.
Bersih dan halal hendaklah menjadi asas utama dalam setiap produk makanan yang
dihasilkan dalam usaha untuk mencari keredhaan Allah serta keberkatannya,
ujarnya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan mengadakan ekspo perdagangan di
setiap jajahan mulai tahun ini. Selepas Bachok eskpo serupa akan diadakan di
Machang dan Pasir Puteh.//hrkh
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/