KOTA BHARU, 22 Ogos : Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), DatoÂ’ 
Paduka Ibrahim Ali berkata, pakatan barisan alternatif perlu dilihat kuat dan 
mampu mengambilalih teraju kepemimpinan negara. 

Sudah sampai masanya rakyat negara ini perlu menerima sistem dua parti seperti 
yang telah lama diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan 
Britain. 

“Kita kena tunjuk kemampuan kita, barulah rakyat boleh yakin terhadap kita 
untuk mentadbir negara pada masa akan datang. 

"Namun sehingga sekarang rakyat belum lagi nampak kemampuan sebenar pakatan 
pembangkang,” katanya yang juga bekas Timbalan Menteri Di JPM di depan ribuan 
rakyat Kelantan pada forum mengenai isu kenaikan harga minyak dan permit import 
(AP) di Padang Perdana malam tadi.

Ceramah tersebut merupakan antara terbesar dianjurkan selepas pilihan raya umum 
lalu di Kota Bharu. Turut menjadi ahli panel anggota Majlis Tertinggi Parti 
Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Penerangan PAS 
Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud. 

Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh bertindak 
sebagai pengerusi.

Ibrahim berkata, gandingan pembangkang di negara ini yang bermula dengan 
Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat pada 1990 tidak dapat bertahan lama 
sehingga diwujudkan pula Barisan Alternatif (BA) pada 1999.

Pada majlis itu beliau cuba menyakinkan orang ramai dengan mengajak mereka 
memberi kesempatan terhadapnya bagi menggegarkan kembali kerajaan Persekutuan 
di Parlimen.

“Percayalah kepada saya.. nampak saja bengis tetapi hati baik. Saya sekarang 
tidak lagi menjadi jaguh lompat seperti dahulu,” katanya disambut gelak ketawa 
orang ramai.

Menurutnya beliau tidak rela bangsa Melayu tergadai di bumi sendiri kerana 
angkara kelemahan pemimpin Melayu yang ada sekarang.

Beliau juga mendedahkan DatoÂ’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah di antara 
Perdana Menteri yang kurang bermaya sekali bagi menyelesaikan setiap isu yang 
timbul.

Katanya, isu AP yang membabitkan DatoÂ’ Seri Rafidah Aziz tidak dapat 
diselesaikan sehingga sekarang dan menutupnya dengan mengarah supaya menteri 
berkenaan tidak lagi bercakap mengenai isu tersebut.

“Sedangkan isu AP cukup besar kerana kerajaan memberi kekayaan kepada 
segelintir sahaja orang Melayu. Isu ini benar-benar menampakkan Pak Lah tidak 
berkemampuan.

“Bagaimanapun beliau masih ada peluang sekiranya bertindak berani memecat 
menteri terbabit kerana sudah terbukti melakukan kesilapan besar sehingga 
diakui sendiri bekas perdana menteri,” katanya.

Selain itu, beliau melihat Pak Lah tidak mampu menangani isu rasuah biar pun 
sebelum ini begitu lantang bercakap mengenainya sehingga menubuh Institut 
Intergriti Negara.

Menurutnya rakyat hanya dikaburi dengan penahanan Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri 
Kasidah Ghadam berkaitan isu rasuah dan penyelewengan sebelum pilihan raya umum 
lalu, sedangkan isu tersebut tidak nampak boleh selesai sehingga sekarang.

“Eric yang didakwa menyebabkan kerugian begitu banyak harta negara datang ke 
mahkamah ditolak dengan kerusi roda, sedangkan pelatih Khidmat Negara yang 
tidak melaporkan diri dibawa dengan tangan bergari.

“Biar Eric Chia mati sekalipun saya percaya isu itu tidak selesai,” ujarnya.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1939



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke